Salam,

Alhamdulillah hari ini masuk hari kelima berpuasa.

Hari pertama berpuasa, mak kat kampung nun jauh di Sabah telefon adek, bertanya dah sahur ker? sahur apa?

Sedih pula. Tahun ini adalah tahun pertama adek berpuasa jauh daripada mak, mesti mak rasa kehilangan. Kebiasaanya, setiap sahur mak akan masak makanan kegemaran adek. Satu psikologi memujuk supaya dia betah berpuasa.

Makan kegemaran adek mudah saja, ayam goreng, telur goreng atau telur dadar atau makanan-makanan segera seperti nugget atau sosej sahaja. Semudah itu. Hari kedua bersahur, aku hanya goreng nasi, makan dengan sosej dan nugget. Nasi masa berbuka masih lagi berbaki, jadi ambik kerja mudah hanya mengoreng nasi.

Aku kejutkan adek bangun. Masa bersahur dia elok saja diam. Tapi, baru saja aku baring nak sambung tidur sambil tunggu azan, adek tiba-tiba bersuara..

“Kenapa kamu masak nasi goreng je?”

Erk, aku terkedu. Tidak sukakah dia?

Kemudian aku balas

“Kenapa, tak sedap ker kami masak?”

Dia hanya diam. Dalam hati, mungkin dia teringat mak kat kampung.

Hmm..biarpun dia adek lelaki aku yang selalu menafikan perasaannya tapi aku tahu dia rindu mak, bapa, kampung.