Kau tidak layak digelar Manusia, sebaik-baik ciptaan Allah di atas muka bumi ini.

Sakit hati!!!

Aku runsing apabila memikirkan keselamatan yang melibatkan maruah tercabar dan tercalar. Aku rasa sakit hati apabila yang mencalarkan maruah kami itu adalah orang yang dikenali dan dipercayai. Aku benci sungguh.

Ya Allah!.

Kuatkan semangat kami. Semoga Allah tunjukan bukti perbuatan jahat manusia durjana itu. Engkau tunjukkan juga kepadanya batas-batas kemampuannya. Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Di kala itu, baru manusia durjana itu tahu langit itu di atas kepalanya dan bumi itu dipijaknya. Akan aku buktikan. Akan aku nyahkan dia dari hidup kami. Kalau perlu, nyahkan dari muka bumi ini. Sesungguhnya dia bukan manusia yang layak tinggal di atas muka bumi Allah ini jika dia melakukan perbuatan khianat dan jahat.

Wahai Manusia Durjana dan Khianat, satu hari nanti ada balasan yang setimpal untuk kau. Sesungguhnya doa mukmin yang teraniaya akan diperdengarkan di sisi Allah. Perbuatan jahat kau akan terbongkar. Segala perbuatan khianat kau akan terpampang jelas di khalayak nanti. Serve your right!!!

Oh! aku khilaf menilai luaran manusia ini. Bahkan dia layak digelar binatang. Bukan mungkin. Bahkan betul. Ah! rasa kesal dengan diri sendiri. Aku benci manusia itu. Aku  benci manusia tidak berhati perut itu. Sungguh.

Semoga Allah beri petunjuk kepada kami. Mohon ya Allah!.

Ya Allah! Engkau tarik semula pancaindera yang Engkau anugerahkan kepadanya. Kerana pancaindera yang Engkau kurniakan itu digunakan untuk berbuat jahat. Dia tidak layak terima. Alangkah bagusnya kalau anugerah itu diberikan kepada mereka yang lebih layak untuk berbuat kebaikan. Dan Engkau kurniakan secalit rasa insaf dan taubat ke dalam hatinya.

Kejam, memang aku kejam. Kerana manusia itu lebih kejam kepada kami. Dan aku tidak layak berdoa sebegitu. Tetapi hati marah aku tidak boleh maafkan manusia itu. Tahu, menulis dan menilai dengan dibaluti perasaan amarah beginilah jadinya. Iman aku senipis kulit bawang. Sabar aku sudah sekecil zahrah. Tetapi, amarah aku sebesar alam.

 Dan sekarang, buat masa ini emosi aku tidak stabil. Tahu, aku kena muhasabah diri dan berfikir jalan penyelesaian terbaik.