Salam..

Kali kedua beraya tanpa mak dan bapa.

Raya pertama..tiada takbir raya yang aku dengar. Itu bermakna perbuatan avoidance. Bukan tiada siaran langsung atau rakaman takbir di media elektronik, tetapi tangan aku gatal tidak mahu tekan chanel siaran takbir yang dikumandangkan. Biar aku alunkan irama mulia itu di sanubari aku. Just, only for me.

Paling kecewa sewaktu pengisytiharan raya jatuh pada tanggal 20 September 2009 ialah abang aku. Dia berharap supaya 1 Syawal jatuh pada hari Isnin. Kerana penerbangan beliau pada 20hb. Kesian dia, tiket habis dan terpaksa berhari-raya-pertama sendiri di atas kapal terbang.

Pagi Syawal, seawal pukul 6 pagi aku hantar pemergian abang aku ke lapangan terbang. Banyak cerita pahit-manis-lucu-hampeh pada 1 Syawal yang tidak akan aku lupakan. Ini adalah rahsia kami berempat..haha..

Pagi raya, mak aku orang paling hiba. Bapa aku boleh lagi control macho..haha..

Banjir LCCT dengan tangisan adek aku. Aku (kebiasaannya aku seorang yang cengeng, tapi aku cari kekuatan untuk tidak menagis, menjadi kuat. Siapa lagi kalau bukan aku sebagai tunjang kekuatan adik aku sendiri) cuba sedaya upaya menahan tangis. Pedih tau.

Haih. Kalau difikirkan, tahun ini..tiada ketupat, tiada rendang, tiada sate, tiada baju raya, tiada kasut raya dan tiada famili di depan mata. See, percaya tidak? Pagi raya kami makan di McD for breakfast dan KFC for lunch. Gila. Bila mak aku tanya, ” Masak apa?”. Aku dan adek berbohong…” Masak rendang, rebus ketupat segera dan goreng ayam” that’s it. Bohong sunat, supaya tidak menambahkan kesedihan hati seorang ibu. Sekurang-kurangnya, tidak merasa air tangannya, kami dapat makan juga juadah basic di hari raya. Lucu. Sedih, actually. Tiada baju kurung. Aku hanya memakai t-shirt dan jeans. Tiada lagu raya berkumandang. Juga.  Hanya tangisan mak dan kakak aku dari Sabah.

Raya kedua.

Sendiri di rumah. Tak boleh duduk diam. Takut perasaan sedih berkunjung. Habis rumah abang aku kerjakan. Membersih, mengemas, mencuci dan mentouch up rumah. Menyibukkan diri.

Makanan hari kedua. Makan maggi. Hah..kalau mak aku tahu, rawan hatinya.

Raya ketiga.

Aku balik rumah sewa di Putrajaya.

Lagi sunyi. Tiada Tv. Opss! ada TV tapi tiada Astro. Aku layan laptop. Main game. Bunuh-bunuh. Hek!..padahal game tu tak pernah aku main sebelum ini. Itu game yang didownload oleh adik aku. 

Itulah. The only thing that make Raya as aidilfitri adalah meraikannya bersama keluarga. Paling penting mak dan bapa. Aku rugi setahun lagi.

Tahu tak? berdoa di malam takbir akan dimakbulkan?. Tahu tak apa yang aku pohon?

Selamat hari raya semua.