Wah..lama tak masuk laman blog sendiri. Sungguh merinduinya. Sungguh rindu untuk menulis, berkongsi rasa. Ini adalah kerana penangan Facebook. I hate that. But can’t help it.

Dulu, tahun akhir di universiti, ramai member ajak buat facebook, tapi aku menolaknya. Kerana pasti, aku akan abaikan blog ini. Aku amat sayang laman ini. Dan benar seperti tekaan ku. Blog ini semakin terbiar, kalau kebun sudah lama tumbuh lalang dan dijadikan sarang ular. Labah-labah sibuk tumpang sekaki membuat sarang. Nasib baik ini bukan laman sesawang. Hanya sebuah blog yang dibiarkan. Kalau tidak benarlah ia bersawang.

Kitaran hidup aku juga sudah berputar 180 darjah. Tidak seperti dulu. Semua perkara yang aku suka dan sering buat tidak menjadi sesuatu yang wajib dalam kamus harian lagi. Kalau dulu dalam seminggu dua buah buku akan khatam aku baca. Sekarang, sebuah buku mengambil masa dua minggu.

Kalau dulu ada masa jejakkan kaki ke librari negara atau ke kedai buku, cari buku-buku terbaru, tetapi hari ini sudah aku ketepikan untuk memberi laluan kepada tuntutan kerja. Kalau dul buku berkulit tebal itulah aku hadap semasa tensi, tetapi sekarang tangan terlalu malas mahu mencoret sesuatu. Kesian diari aku itu. Dari bulan Jun terbiar putih, tanpa sepatah coretan.

Huh..beginilah aku mengalami tranformasi kedewasaan. Perlu membuat jadual baru kembali. Tidak adil untuk diri sendiri.

Hmm..Sabtu yang lalu sempat pulang ke Melaka. Jumpa abang dan akak. Hal ini juga aku abaikan. Sudah 7 bulan aku tidak menjejaki kaki ke rumah itu. Kekangan masa bekerja.

Benarlah, kenapa orang dewasa selalu memberi alasan sibuk bekerja jika tidak sempat balik ke kampung, menjenguk orang tua. Baru aku faham.

Merungut-memebebel-tak puas hati-mengeluh selalu aku lakukan. Nasib sesungut je tak keluar..hihi..

Moralnya, jangan biarkan anda dipengaruhi oleh perkara remeh temeh sehingga menjejaskan diri sendiri. Ourself always come first.