Archive for Disember 2009

Mana surat itu????

Salam..

Baru tadi baca tiga buah blog milik jelitawan-jelitawan negara. Sebenarnya mereka-mereka ini hanya orang biasa, pelajar biasa dan biasa-biasa saja. Tapi mereka dianugerahkan personaliti yang menarik. Personal, aku memang suka tengok mereka. Blog mereka memang santai. Haha..aku sungguh rasa lenggang hari ini. Tiada kerja mahu dibuat, saja layari blog.

Dan satu lagi, kemarin aku telefon Politeknik Shah Alam, bertanyakan mengenai surat tawaran menyambung pelajaran di poli tersebut untuk adik aku yang masih tidak sampai walhal sudah dua minggu (seperti yang didakwa mereka) mereka hantar. Jawapan tetap klise, seperti kali pertama aku telefon..

SiPenjawabTelefon: “Tunggu sehingga hari Khamis ini (24.12.09), kalau tidak sampai call semula,”

 then aku tanya

 “kalau tak dapat juga?”

SiPenjawabTelefon: “Telefon semula”

dan untuk memudahkan cara aku tanya

 “kalau call semula nak berurusan dengan siapa?nombor telefon mana sepatutnya saya call? dan dengan siapa saya berurusan?”

SiPenjawabTelefon: “Call nombor ini semula”

Hanya itu. Ok, aku boleh terima dia tak nak bagitahu namanya dan nombor telefonnya (maksud aku directline dia, sebab nombor yang aku dial itu adalah nombor operator).

Dan setelah hari Khamis yang lalu berlalu, aku telefon semula sebab surat belum terima. Jawapan juga klise. Tunggu sehingga Khamis ini (31hb). What the H***..nah kan. Terkeluar juga. Ampun mak…jahat betul mulut aku. Geram.

Dan hari ini dan esok tetap menanti. Kita tunggu dan lihat. Kalau surat itu tidak sampai juga ke tangan adik aku, tahulah apa aku mahu buat. Bukan salah alamat rumah. Itu pasti. Oleh itu, masalah bukan dari pihak kami.

Mungkin ada yang kata nak masuk poli pun kecoh tak dapat surat. Nak bising-nisnig buat apa. Entahlah, pemikiran siapakah itu aku tidak perlu tahu, apa yang penting adik aku bersungguh mahu sambung study. Sebelum ini dia ada terima dua tawaran masuk ke IPT, pertama ke UiTM, Arau dan kedua Politeknik Shah Alam. Kalau adik aku terima UiTM mungkin dia sudah daftar. Hmm..salah pilihkah?Semua terkejut kenapa adik aku tolak tawaran dari UiTM dan terima poli. Tak pernah dibuat dek orang. Mungkin itu pilihan dia kan?.

Esok aku akan telefon semula, dan aku tunggu jawapan apa yang mereka akan beri. Akan aku salai mereka hidup-hidup kalau jawapan yang diberi tetap sama, tunggu khamis depan. Nak tunggu setiap hari Khamis ker?kang tak pasal-pasal jadi badi pulak. Setiap hari Khamis tunggu surat..haha..nauzubillah..

Fuh…sebenarnya banyak lagi nak memakihamunmengumat mereka nih, tapi tak apalah, aku maafkan mereka sempena tahun baru ini. Azam tahun baru mudahan menjadi orang yang pemaaf, bukan pendendam seperti tahun 2009. Hahaha..GTH lah…lagi, ampun mak..jahat mulut nih..

K, kepada mereka-mereka buat kerja elok-elok, jangan makan gaji buta okey…

Aku tidak mampu..

Salam… Sudah lima hari bercuti. Teringin memasukkan entri ke dalam blog. Tapi sebelum itu, TERIMA KASIH ALLAH, kerana memberi peluang kepada aku mengecapi hari lahir ke-24 pada 25 Disember baru-baru ini. Sungguh indah nikmatMU itu. Alhamdulillah, aku diberi kesempatan menyambut hari lahirku bersama keluarga. Paling best, semua kawan-kawan mengingati hari bermakna ini. Thanks guys for ur all wishes..really appreciate it. Berbagai-bagai mesej aku terima. Mendoakan umur ku berpanjangan, sukses dalam hidup, dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah. Mesej paling menggelikan hati aku adalah mesej dari sahabat sekolah rendah aku berbunyi..

“Happy bdy, moga panjang umur, murah rezeki dan…bila ko kawin?”

Amboi..mentang-mentang la dia sudah kawin dan sedang mengandung anak sulung, aku pulak dikenakan balik.Hampeh ko.

Bila aku kawin?Susah nak jawab. Tunggu dan lihat sajalah. Nanti aku hantar kad jemputan.

Huhh..cuti lima hari aku berkesempatan balik Melaka. Dan teka apa berlaku?? Berat. Aku ingin sangat mahu luah segala kepayahan. Juga bebanan. Yang semua orang tidak mahu dengan, tidak peduli dan tidak ingin ambil tahu. Kerana masalah aku sungguh berat. Ya, maha berat bagi pandangan dan posisi seorang adik.

Tapi, tidak tahu dari mana harus mula dan kepada siapa. Tapi yang pasti, bukan sekadar meluah tapi aku perlu mencari jalan penyelesaian sebelum ia bertambah parah. Tapi bagaimana? Hm..cukup dewasakah aku sehinggakan Allah membuka mata aku untuk melihat yang khilaf ini. Mungkinkah aku mampu selesaikan perkara ini. Tidak tahu.

Adat kita..

Suka dengan satu artikel oleh Zaidel Bahruddin penulis kolum Malaysian Insider bertajuk ‘Why Malay Husband are Called  ‘Abang’. It’s sound cool right? Even, isu yang kecil tapi sungguh menarik untuk dibincangkan.

Nanti pergi le lawati blog malaysia kini ( http://www.themalaysianinsider.com/index.php/opinion/zaidel-baharudin/46038-why-malay-husbands-are-called-abang ) untuk membaca lebih lanjut. Sebab aku pun nak kongsi satu cerita berkaitan isu ini juga. Mahu menyibuk kejap.

Pernah seorang non-Malay, bukan kawan rapat, hanya kawan on-off-on-off saja. Tetapi dia seorang yang peramah dan mempunyai sikap suka amik tahu dan ingin tahu yang kuat. Satu hari dia pernah bertanya dengan aku soalan ini juga ‘Kenapa orang melayu memanggil suami mereka sebagai ‘Abang’?’ Hah?…waktu itu terlalu blur. Tidak pernah ditembak soalan sebegitu. Well, dia memang mempunyai perasaan yang terlalu kuat ingin tahu. aku akui. Aku pun goreng la jawapan dengan segaring-garingnya dengan diselitkan lawak bodoh (sebab tak tau nak goreng apa lagi). Dan, kepada kawan ku itu (kalau kau baca entri ni) awak bukalah link yang aku bagi itu ye. Maaf kalau jawapan aku (yang dulu) tidak memuaskan hati kamu..hihi..

Sebenarnya, bagi aku yang mempunyai tiga orang abang (dan belum bersuami..haha) dan tiga orang abang ipar, itu bukan sesuatu yang pelik. Ada pelbagai gelaran hendak diberikan kepada suami kita. Itu bergantung kepada individu. Sebagai contoh, dua orang akak aku sendiri memanggil suami mereka ‘sayang’ dan seorang ‘daddy’. Manakala abang-abang aku memanggil isteri mereka ‘Yang’ atau ‘Sayang’.

Manakala, bagi adik perempuan, memanggil abang-abang kandung mereka dengan panggilan ‘abang’ tetapi mempunyai nama di belakang, contohnya abang Sham, abang Man dll. Tetapi, alangkah peliknya jikalau sang isteri memanggil encik suami mereka dengan nama atau abang yang bersambung dengan nama.

Sambung mengenai kawan aku. Dan, Kawan aku itu juga pernah bertanya, kenapa orang Melayu kalau bercerai ada talak satu, dua dan tiga?Hah..kau, terkedu jap. Itu pun kerana dia selalu terbaca kisah artis-artis kita bercerai-berai.

Sebenarnya, ramai bukan Melayu masih tertanya-tanya mengenai ada melayu (@ Islam) yang mereka anggap pelik. Nasiblah, kalau kita yang cetek ilmu disoal seperti itu. Apa-apa pun yang lebih penting, kita sebagai Melayu (@ Islam) lebih utama memahami dan mendalami hukum-hakam dan adat-adat sendiri sebelum memberi pemahaman kepada orang dari bangsa lain. Cheeers!!

Salam.. Untuk berapa hari ini, aku mempu…

Salam..

Untuk berapa hari ini, aku mempunyai perasaan rajin mengupdate blog yang luar biasa. Perasan atau tidak sudah 3 hari berturut-turut aku memasukkan entri baru..wink..wink..wink..

Tidak sabar rasanya menunggu hari Sabtu ini, untuk berjalan kaki selama 12 jam. Fuh..fisrt time bersosial dengan aktiviti yang menyihatkan (macamlah pernah bersosial dengan perkara yang tidak sihat..haha..)

Tanpa latihan, sah kaki aku akan kejang. Harap-harap janganlah sampai amik MC hari Isnin nanti.

Kelmarin petang, aku berjaya menjejaki kawan-kawan sekolah menengah. Puas pusing-pusing di alam maya, akhirnya aku bertemu mereka. Bukan mudah hendak menjejak kasih sayang ni. Akhirnya, pencarian yang diakhiri dengan kepuasan. Hebat.

Dan, tidak lama lagi sampai tarikhnya aku berumur 24 tahun genap. Tinggal berapa hari saja lagi. Sudah tua rupanya. Alhamdulillah, sejauh ini Allah meminjamkan nikmatnya untuk aku. 24 tahun, yang terlalu sekejap. Alhamdulliah, terima kasih Allah atas nikmat umurmu. Tapi, harap maklum aku belum memasuki fasa baru lagi (yakni:kawin…haha).

Dunia kita tidak sebesar mana

Begitu. Begini dunia ini. Semua orang tahu ia bulat, dan tidak pernah menyangka ia begitu kecil.

Sewaktu menemankan bos kecik pergi klinik tadi, kami bersembang-sembang dan macam-macam kisah dibualkan. Menarik, pelik, lucu dan macam-macam. Bayangkan, kami menunggu hampir tiga jam di hospital kerajaan itu. Tapi, faham kerana pesakit memang ramai dan kami datang di waktu kemuncak. Apa tidaknya semua cerita terbongkar.

Kami saling bertukar-tukar cerita. Cerita bermula dengan rancangan TV. Kami dihidangkan dengan rancangan kartun sewaktu mula-mula melangkah ke dalam hospital itu. Bermulalah perkongsian cerita kartun apa yang diminati dan selalu ditonton ketika kecil.

Dari cerita otromen (how to spell?, aku pun xtau..haha..), sailormon, Conan sehinggalah pengalaman sekolah rendah, sekolah menengah dan tinggal di asrama dan sewaktu mula-mula melangkah ke dunia kerjaya.

Sewaktu berkongsi alam kerjaya inilah terbongkar segalanya. Sungguh kecil dunia ini, terutamanya dunia kehidupan kita sendiri. Rupanya selama ini aku dan bos kecik bekongsi teman yang sama, yang selama ini kami tidak pernah ketahui.

Bos kecik juga mengenali kawan-kawan aku, yang selama ini juga teman-temannya. Betapa besar keajaiban Allah. Dia pertemukan kami dan kami berkongsi pengalaman dan kawan-kawan yang sama. SubhanAllah.

Kalau bukan kelewatan hospital memberi khidmatnya, mungkin kami tidak berkesempatan berbual-bual kosong seperti itu dan tidak tahu siapa kami.

Oleh itu, jangan anggap dunia ini besar. Apa yang kita buat tiada orang yang kenal. Hakikatnya kita saling berkait. Percaya atau tidak?

Luaran bukan apa yang ada di dalam

Ya, buat kesekian kalinya, aku kembali menulis. Sungguh menarik hari-hariku.. Oh..tidak juga, bukan selalu indah, pelangi bukan sentiasa ada, terselit juga mendung dan hujan. Silap-silap banjir juga.

Sedikit cerita mengenai buku-buku yang telah habis aku baca, bermula minggu sebelum Raya Haji, 16 haribulan sehingga 27 haribulan aku telah menghabiskan membaca buku The Missing Piece Bahagian 1 dan The Missing Piece Bahagian 2 sebuah karya daripada Fatimah Busu. Fuh..selama dua minggu membaca novel itu, terasa dunia aku sudah diadaptasi ke dalam dunia Imrah, Lawrence dan Charles. Aku seolah-olah berada ‘di sana’ sedang memerhatikan apa yang mereka lakukan seperti yang diceritakan oleh Fatimah Busu. Oh..teruja untuk menghabiskan pembacaan. Kebiasaanya, ya, perkara biasa aku lakukan sebelum membaca novel, aku akan melihat pengakhiran cerita tersebut. Dan seterusnya aku akan membacanya dari muka surat terakhir dan ke hadapan. Macam membaca buku jawi atau arab. Tak tahulah anda macam mana. Tetapi, karya Fatimah Busu ini aku membacanya dari bahagian tengah ketika saat bahagia Imrah dan Lawrence. Ketika itu hati begitu teruja untuk mengetahui kisah sebelum dan selepas waktu bahagia mereka. Aku teruja dengan panggilan yang diguna pakai oleh Imrah dan Lawrence. Kekasih, kekanda dan dinda. Ya Tuhan, indah sungguh. Sehingga hari ini kalimah-kalimah itu sentiasa bermain di ingatan dan di bibirku. Gila!.

Satu. Keduanya. Ketika berjalan seorang diri di Bandar Melaka (harap maklum, aku beraya-haji-seorang-diri, plan nak cari kepala tong gas yang aku jatuhkan dan bersepai, untuk membolehkan aku dan rakan-rakan boleh memasak kembali, itu kerana kecuaian aku..huhu..) kedai pertama aku tuju adalah kedai buku Popular (tesco Melaka, tiada MPH bookstore,harap maklum). Pergh..macam nak amik (bukan bayar) semua buku-buku yang ada kat dalam itu. Rambang mata. Akhirnya aku hanya membeli sebuah novel Inggeris, The Time Traveler’s Wife..filem yang sangat-sangat aku ingin tonton, tetapi tidak berkesempatan. Hanya novel filem ini sahaja dapat aku beli. Dan. Aku juga ternampak (sebenarnya bukan ternampak, tetapi memang aku cari) novel New Moon..oh Tuhan cubaan lagi. Harus dipilh yang mana satu? Akhirnya, aku pilih TTTW.

Destinasi sebenarnya aku tuju (cari kepala tong gas). Oh Tuhan, kaki tersangkut pada kedai buku-buku dan majalah (tak tahu nama kedai, tak fames pun) lagi. Dan aku membeli sebuah novel lagi. Menunggu Cinta Tuhan. Tajuk sungguh menarik. Hiasan muka depan superb. Then, hati berkobar-kobar tidak sabar ingin membaca. Novel TTTW aku campak ke tepi. Buat seketika. Tapi, isi kandungan bukan seperti yang aku jangka. Tidak perlu dinyatakan lagi. Sedih.

Akhirnya kepala tong gas aku dapat, dua biji novel pun aku dapat.

Dan hari ini sedang berusaha menghabiskan novel TTTW yang mempunyai jalan cerita yang sungguh mengelirukan. Oh tidak, sungguh, jalan cerita novel itu sungguh buat jiwa aku sakit. Entah bila akan khatam. Dan. Buat kali keduanya aku campakkan novel itu ke tepi. Tidak tahu sampai bila. Aku sambung baca novel anemestic. Hah!

Jadi, pengajaran untuk entri aku kali ini, jangan tengok pada kulit luaran.

Ish..klise betul. Semua orang tahu. tapi, ini betul-betul. Jangan tengok pada luaran sahaja. Tutup.

Pertemuan itu bukan yang aku harapkan

Pertemuan pertama setelah kami berpisah pada bulan Ogos lalu, apabila masing-masing telah mengenggam segulung ijazah. Pertemuan dibuat kerana hendak menghadiri majlis perkahwinan seorang sahabat. Seminggu sebelum pergi aku sungguh tidak sabar untuk bertemu kawan-kawan lama. Tidak sabar untuk menatap wajah teman-teman. Berharap agar pertemuan itu antara satu kenangan yang terselit dalam album kegembiraan. Tapi, bukan seperti yang diharapkan.

Pilihan. Kalau diberi pilihan seperti tidak ingin mengingat kembali. Terguris sedikit dek masa. Huhh..maaf teman-teman.

Petang, kira-kira 7.00 malam, perpisahan buat kali kedua di antara kami terjadi lagi. ya, aku harap itu perpisahan terakhir, biarpun peristiwa hari itu meninggalkan kesan mendalam pada aku.

Amat rindukan mereka. Sungguh.

Apa yang pasti perpisahan kami bukan diakhiri dengan salam kemanisan. Ya, biar aku cuba tipu mereka, tapi aku tidak boleh tipu diri sendiri. Sedih kerana aku cuba berterus terang. Tapi ia melukai aku sendiri..isk..isk..

Well, kawan-kawan, kita semakin berubah. Faktor masa, sekeliling dan diri sendiri mempengaruhi kita. Semakin jauh. Itu aku rasakan.

Hmm..apa-apa pun, secara keseluruhan pertemuan itu bukan seperti yang aku harapkan. Terkilan.