Ya, buat kesekian kalinya, aku kembali menulis. Sungguh menarik hari-hariku.. Oh..tidak juga, bukan selalu indah, pelangi bukan sentiasa ada, terselit juga mendung dan hujan. Silap-silap banjir juga.

Sedikit cerita mengenai buku-buku yang telah habis aku baca, bermula minggu sebelum Raya Haji, 16 haribulan sehingga 27 haribulan aku telah menghabiskan membaca buku The Missing Piece Bahagian 1 dan The Missing Piece Bahagian 2 sebuah karya daripada Fatimah Busu. Fuh..selama dua minggu membaca novel itu, terasa dunia aku sudah diadaptasi ke dalam dunia Imrah, Lawrence dan Charles. Aku seolah-olah berada ‘di sana’ sedang memerhatikan apa yang mereka lakukan seperti yang diceritakan oleh Fatimah Busu. Oh..teruja untuk menghabiskan pembacaan. Kebiasaanya, ya, perkara biasa aku lakukan sebelum membaca novel, aku akan melihat pengakhiran cerita tersebut. Dan seterusnya aku akan membacanya dari muka surat terakhir dan ke hadapan. Macam membaca buku jawi atau arab. Tak tahulah anda macam mana. Tetapi, karya Fatimah Busu ini aku membacanya dari bahagian tengah ketika saat bahagia Imrah dan Lawrence. Ketika itu hati begitu teruja untuk mengetahui kisah sebelum dan selepas waktu bahagia mereka. Aku teruja dengan panggilan yang diguna pakai oleh Imrah dan Lawrence. Kekasih, kekanda dan dinda. Ya Tuhan, indah sungguh. Sehingga hari ini kalimah-kalimah itu sentiasa bermain di ingatan dan di bibirku. Gila!.

Satu. Keduanya. Ketika berjalan seorang diri di Bandar Melaka (harap maklum, aku beraya-haji-seorang-diri, plan nak cari kepala tong gas yang aku jatuhkan dan bersepai, untuk membolehkan aku dan rakan-rakan boleh memasak kembali, itu kerana kecuaian aku..huhu..) kedai pertama aku tuju adalah kedai buku Popular (tesco Melaka, tiada MPH bookstore,harap maklum). Pergh..macam nak amik (bukan bayar) semua buku-buku yang ada kat dalam itu. Rambang mata. Akhirnya aku hanya membeli sebuah novel Inggeris, The Time Traveler’s Wife..filem yang sangat-sangat aku ingin tonton, tetapi tidak berkesempatan. Hanya novel filem ini sahaja dapat aku beli. Dan. Aku juga ternampak (sebenarnya bukan ternampak, tetapi memang aku cari) novel New Moon..oh Tuhan cubaan lagi. Harus dipilh yang mana satu? Akhirnya, aku pilih TTTW.

Destinasi sebenarnya aku tuju (cari kepala tong gas). Oh Tuhan, kaki tersangkut pada kedai buku-buku dan majalah (tak tahu nama kedai, tak fames pun) lagi. Dan aku membeli sebuah novel lagi. Menunggu Cinta Tuhan. Tajuk sungguh menarik. Hiasan muka depan superb. Then, hati berkobar-kobar tidak sabar ingin membaca. Novel TTTW aku campak ke tepi. Buat seketika. Tapi, isi kandungan bukan seperti yang aku jangka. Tidak perlu dinyatakan lagi. Sedih.

Akhirnya kepala tong gas aku dapat, dua biji novel pun aku dapat.

Dan hari ini sedang berusaha menghabiskan novel TTTW yang mempunyai jalan cerita yang sungguh mengelirukan. Oh tidak, sungguh, jalan cerita novel itu sungguh buat jiwa aku sakit. Entah bila akan khatam. Dan. Buat kali keduanya aku campakkan novel itu ke tepi. Tidak tahu sampai bila. Aku sambung baca novel anemestic. Hah!

Jadi, pengajaran untuk entri aku kali ini, jangan tengok pada kulit luaran.

Ish..klise betul. Semua orang tahu. tapi, ini betul-betul. Jangan tengok pada luaran sahaja. Tutup.