Begitu. Begini dunia ini. Semua orang tahu ia bulat, dan tidak pernah menyangka ia begitu kecil.

Sewaktu menemankan bos kecik pergi klinik tadi, kami bersembang-sembang dan macam-macam kisah dibualkan. Menarik, pelik, lucu dan macam-macam. Bayangkan, kami menunggu hampir tiga jam di hospital kerajaan itu. Tapi, faham kerana pesakit memang ramai dan kami datang di waktu kemuncak. Apa tidaknya semua cerita terbongkar.

Kami saling bertukar-tukar cerita. Cerita bermula dengan rancangan TV. Kami dihidangkan dengan rancangan kartun sewaktu mula-mula melangkah ke dalam hospital itu. Bermulalah perkongsian cerita kartun apa yang diminati dan selalu ditonton ketika kecil.

Dari cerita otromen (how to spell?, aku pun xtau..haha..), sailormon, Conan sehinggalah pengalaman sekolah rendah, sekolah menengah dan tinggal di asrama dan sewaktu mula-mula melangkah ke dunia kerjaya.

Sewaktu berkongsi alam kerjaya inilah terbongkar segalanya. Sungguh kecil dunia ini, terutamanya dunia kehidupan kita sendiri. Rupanya selama ini aku dan bos kecik bekongsi teman yang sama, yang selama ini kami tidak pernah ketahui.

Bos kecik juga mengenali kawan-kawan aku, yang selama ini juga teman-temannya. Betapa besar keajaiban Allah. Dia pertemukan kami dan kami berkongsi pengalaman dan kawan-kawan yang sama. SubhanAllah.

Kalau bukan kelewatan hospital memberi khidmatnya, mungkin kami tidak berkesempatan berbual-bual kosong seperti itu dan tidak tahu siapa kami.

Oleh itu, jangan anggap dunia ini besar. Apa yang kita buat tiada orang yang kenal. Hakikatnya kita saling berkait. Percaya atau tidak?