Salam..

Baru tadi baca tiga buah blog milik jelitawan-jelitawan negara. Sebenarnya mereka-mereka ini hanya orang biasa, pelajar biasa dan biasa-biasa saja. Tapi mereka dianugerahkan personaliti yang menarik. Personal, aku memang suka tengok mereka. Blog mereka memang santai. Haha..aku sungguh rasa lenggang hari ini. Tiada kerja mahu dibuat, saja layari blog.

Dan satu lagi, kemarin aku telefon Politeknik Shah Alam, bertanyakan mengenai surat tawaran menyambung pelajaran di poli tersebut untuk adik aku yang masih tidak sampai walhal sudah dua minggu (seperti yang didakwa mereka) mereka hantar. Jawapan tetap klise, seperti kali pertama aku telefon..

SiPenjawabTelefon: “Tunggu sehingga hari Khamis ini (24.12.09), kalau tidak sampai call semula,”

 then aku tanya

 “kalau tak dapat juga?”

SiPenjawabTelefon: “Telefon semula”

dan untuk memudahkan cara aku tanya

 “kalau call semula nak berurusan dengan siapa?nombor telefon mana sepatutnya saya call? dan dengan siapa saya berurusan?”

SiPenjawabTelefon: “Call nombor ini semula”

Hanya itu. Ok, aku boleh terima dia tak nak bagitahu namanya dan nombor telefonnya (maksud aku directline dia, sebab nombor yang aku dial itu adalah nombor operator).

Dan setelah hari Khamis yang lalu berlalu, aku telefon semula sebab surat belum terima. Jawapan juga klise. Tunggu sehingga Khamis ini (31hb). What the H***..nah kan. Terkeluar juga. Ampun mak…jahat betul mulut aku. Geram.

Dan hari ini dan esok tetap menanti. Kita tunggu dan lihat. Kalau surat itu tidak sampai juga ke tangan adik aku, tahulah apa aku mahu buat. Bukan salah alamat rumah. Itu pasti. Oleh itu, masalah bukan dari pihak kami.

Mungkin ada yang kata nak masuk poli pun kecoh tak dapat surat. Nak bising-nisnig buat apa. Entahlah, pemikiran siapakah itu aku tidak perlu tahu, apa yang penting adik aku bersungguh mahu sambung study. Sebelum ini dia ada terima dua tawaran masuk ke IPT, pertama ke UiTM, Arau dan kedua Politeknik Shah Alam. Kalau adik aku terima UiTM mungkin dia sudah daftar. Hmm..salah pilihkah?Semua terkejut kenapa adik aku tolak tawaran dari UiTM dan terima poli. Tak pernah dibuat dek orang. Mungkin itu pilihan dia kan?.

Esok aku akan telefon semula, dan aku tunggu jawapan apa yang mereka akan beri. Akan aku salai mereka hidup-hidup kalau jawapan yang diberi tetap sama, tunggu khamis depan. Nak tunggu setiap hari Khamis ker?kang tak pasal-pasal jadi badi pulak. Setiap hari Khamis tunggu surat..haha..nauzubillah..

Fuh…sebenarnya banyak lagi nak memakihamunmengumat mereka nih, tapi tak apalah, aku maafkan mereka sempena tahun baru ini. Azam tahun baru mudahan menjadi orang yang pemaaf, bukan pendendam seperti tahun 2009. Hahaha..GTH lah…lagi, ampun mak..jahat mulut nih..

K, kepada mereka-mereka buat kerja elok-elok, jangan makan gaji buta okey…