Archive for Januari 2010

So…ada aku kesah??

Rasa macam nak menari dan melompat bintang dengan perasaan riang ria. Yes…yess..yessss…

I got it.I got it.

Berlari-lari pusing-pusing dengan gelak tawa tanpa memikirkan hal sekeliling.

Hah?Where i’m?Office? OMG!!!

Ok. Itu adalah kelakuan buruk dan hodoh aku bila saja dengar cuti dan tiket kapal terbang aku diluluskan. Loncat lagi. Aksi yang kurang sopan bila memikirkan kau berbaju kurung mak cik..haha..

Hmm..akhirnya dapat juga balik kampung halaman di Sabah. Biarpun tujuan asal adalah untuk bertugas, tetapi aku kan pintar, sambil menyelam minum air, makan plaknton juga menangkap ikan emas di dasar laut. Huh…Sabah I’m coming..mak, bapa, akak-akak ku, adik-adikku, anak-anak buah ku..

Sedih bukan, setelah kira-kira 1tahun setengah tidak balik?Sedih, kan, kan?

Perkara pertama aku gembira tahap cipan dapat baby.

Perkara kedua yang mengharukan.

Seorang kawan, dia telefon dan suruh dengar sekejap. Aku tunggu. Rupanya dia mainkan piano lagu ‘First love-Utada Hikaru’, ya, aku pernah mentioned dengannya yang aku suka lagu itu. Baru-baru tadi dia mainkan untuk aku. Great right?

Thanks, my dear fren.

Dan perkara yang ketiga buat kau hangin, apabila, masa aku nak balik masa itulah baru bagi kerja.

Okey, aku kena pergi, kalau tidak malam baru sudah. Uishhh..!!!!

Ada korang kisah ke dengan story aku ni?

Maafkan aku

Aku nampak status dia online dalam Facebook. Tapi tak ada kekuatan mahu katakan hai padanya. Huh..pengecutkan.

Asbestos tul perasaan ini. Cuba bertenang, tarik nafas perlahan. Tercekik! nah, hinggakan untuk bernafas pun kau tak boleh, apa lagi untuk bertegur sapa dengannya.

Sesunggunya aku memang lemah. Arghhh…hampeh betul perasaan takut itu.

Lain kalilah. Bukan hari ini ya..

Aku akan bedil kamu

Selalu nak buat tidak peduli. Tiada apa-apa berlaku. Nothing happened. Cuba bawa bersabar, tenang. Buat seolah-olah tidak wujud. Ok, aku akan buat seolah-olah mereka-mereka ini tidak wujud. Ya, tiada di sekeliling aku. Very annoyed.

Pernahkah kalian rasa macam nak tarik jer mulut-mulut kepoh dan kecoh perempuan-perempuan yang jahat mulut?Macam nak cencang lumat buat kerabu pastu bagi makan dengan buaya di zoo? (erk..cukup ker buaya tu makan?). Ya, aku pernah. Bahkan hari ini pun aku berperasaan begitu.

Sehinggakan aku keluarkan dalil.Hahaha..berlagak jadi ustazah jap.

Siapa tahan kalau asyik mendengar mereka menggelarkan seseorang dengan gelaran yang buruk. Hah..lepas itu kaitakan dengan diri kita. Contohnya..”Hah..kakak engaku ler tu..””Besfren engkau ler tu…”

Sungguh hampeh.

Masing-masing dah tahap kubur kata mari umah kata pergi, masih tak insaf-insaf.

Kerja di persekitaran yang kotor macam hampas, perangai masing-masing macam tak pergi sekolah, tak duk mengaji Quran. Kan dah kena. Aku tengah marah tahap berapi sekarang ni. Astagfirullah. Pagi ini aku dihidangkan dengan perkara yang membuatkan aku hangin satu badan.

Padahal aku bangun belah kanan pagi tadi. Siap selawat lagi. OOO..they ruin my day. I hate that.

Okey..sekarang ini aku perlu senjata untuk melawan mereka kembali. Jangan pandang enteng sama gua. Akan gua keluarkan segala senjata-senjata yang gua cipta sendiri buat lu. Jangan dipikirin gua yang diam ini, ngak mudah marah.Siap kau bedil kamu. Heheheh…

Home~aku mahu pulang~

Although I surrounded by a million people,

but I still feel all alone,

I just wanna go home..I miss you all..I know..

I’ve got to go home

let me go home

I’m just to far from where you are

I wanna come home

And I feel just like I’m living someone else’s life

it’s like just stepped outside

 when everything going right

 

Sungguh rindu dengan keluarga di kampung. Kelmarin, kak Jie, called that my father involve an accident. Tersentak sekejap. Seingat aku, bapa bukan mat rempit, bawa motor macam keling dapat gaji. Menurut adik aku, bapa kalau bawa motor , kura-kura pun boleh kejar (haha..). jadi kenapa harus dia terlibat dalam kemalangan pula. Ini mesti salah oran lain.

Lutut berjahit dan bahu terseliuh. Kesian bapa. Masih trauma lagi, kata mak. Kata adik aku, kereta yang dilanggar bapa aku tak nak bertanggungjawab..isk..macam nak bagi flying kick je kat orang tu.

Macam ni ceritanya, oleh kerana bapa aku bawa motor terlalu slow (iyelah kawasan kampung, lagipun baru balik dari masjid bukan nak g mana pun), then sebuah kereta ni berhajat untuk memotong, sudah memotong break mengejut pulak. Hampeh..bapa aku pun terkejutlah dan tindakan spontan terus tertekan speedo dan terlanggar bontot kereta itu.

Bongok tul pemandu tu.

Nah, amik kau.

Geram, kalau kau depan mata aku korek  lubang idung kau tu, aku pancitkan tyre kereta kau yang break mengejut tu. Susahkan orang saja…kalau gian sangat nak melanggatr tu, langgar jelah tiang lamu ke, apa ker, ni bapa aku juga ko langgar. Hampeh.

Harus apa kau lakukan. Nak balik Sabah ke?~sigh~

Doaku untukmu, Bapa kesayangan, harus cepat sembuh, hilangkan trauma dan jangan pernah gentar untuk menunggang motor kembali. Lain kali kalau kena langgar, bapa maki hamun saja orang yang langgar itu, minta ganti rugi, tak pun bapa sepak jer muka dia kalau banyak cakap. Ida tau bapa mesti cakap..”tak apa, tak apa, sikit saja..”

Bapa kan terlalu rendah hati, lembut hati, baik hati, suka maafkan orang, selalu pandang dari sudut positif. Mestikah itu semua, sampai kita dipandang enteng?.  Ah..sudah, anakmu ini sudah tidak betul barangkali. haha..

Tidak apa, biar Allah saja balas perbuatannya ya. Jangan rawan, kerana tau Allah itu lebih menyayangi diri Bapa..

Serasa ingin saja kau berlari, balik ke rumah, bersama merasa kesakitan yang bapa aku alami. Apakan daya, bukan semua yang diminta akan dikabulkan. Dari jauh sahaja doa aku kirimkan.

I wanna go home…

 

Batang paip digeletek kucing…hihi..

Meh, entri kali ni cerita sal tandas. Jua pasal ke’negligence’ nya aku. Selalu dan kerap sekali aku buat perkara lucu itu iaitu melepaskan paip (hos) air dalam tandas menyebabkan hos itu berputar-puta macam ular yang digeletek kucing…haha..

Habis lencun dinding toilet, dan silap-silap hari bulan kalau ada pengguna toilet sebelah sah terkena pancutan air paip. Hihi..lucu bukan?gelak la..

Aku pernah kena marah makcik cleaner sebab melencunkan lantai tandas. Masa pergi Genting, ya, Genting seingat aku. Oleh kerana cuaca sejuk dan gayat naik kereta cabel, tak tertahan nak terkucil dan terus je lah serbu toilet, then buka paip air tanpa menurunkan dari penyangkutnya, apa lagi terbitlah air pancut versi toilet Genting. Makcik cleaner apa lagi, hangin satu badan. Aku bukan sengaja la makcik..abis dia tonyoh-tonyoh mop depan toilet aku ‘nginap’ sambil bebel..huhu..kuar jer dia tenung aku. WTH!! makcik..aku cakap cam tu..eh..tak adalah, mainan perasaan saja.

Itu antara yang terbaek aku buat. Yang kedua. Dekat opis pun camtu, ada sesetengah orang ni tak berdisiplin, lepas guna paip tu tak gantung balik tempat penyangkutnya. Then, aku main bukak jela, tiba-tiba “Oi..sapa kat sebelah??abis basah kasut aku!!!”

Oh..tidak!!!tidak!!!

Pastu aku jawab..”Minta maaf, saya tak sengaja, maaf ye”

Orang tu “Siapa tu??suara macam kenal?”

Haha..upanya aku kenal mangsa itu..

Ketiga. Kena kawan sendiri. Berlaku di Johor, Persada. Memang kut sikap kelam kabut aku masa nak Qada hajat, buat aku tak perasan benda itu boleh jadi. Mula-mula masuk tandas tu, cam tak nak guna jer, memandangkan ramai orang, jadi aku terpaksa guna juga. Batang paip tu adalah sipembersih balut dengan tisu. Kotor maybe. Aku tak perasan. Then, terus guna. Bila saja sentuh tisu basah tu, geli, macam pegang kulit binatang mamalia, licin dan lembut.

Apalagi, tindakan spontan aku campaklah ke tepi. Air pun melimpah ruah, gabra punya pasal, aku nak tutup, tetapi terbuka makin besar. Masa itu, kawan aku dekat sebelah, biarpun dinding toilet tu tinggi tapi dia tetap terkena. Aku?Kasut, baju, jeans dan beg basah. Nasib bek pakai baju kolor hitam dan kasut crocs. Kalau tidak sah kuyup.

Hihi..kadang-kadang peralatan moden ini menyusahkan kan?

Tengok macam orang dulu-dulu, guna cebok atau gayung sahaja.Aku akui aku memang cuai, bukan salah batang paip itu atau air paip itu. Kalau tidak pandai menari jangan salahkan lantai yang bergoyang..

Dah habis da, sila tepuk tangan ramai-ramai..

Aku Bukan Billy Milligan

Billy Milligan-can be anyone he wants to be..except himself.

Seronok bukan menjadi seperti Billy Milligan?Yang mempunyai beberapa identiti diri, multiple personality disoder. Buat jenayah pun tak kena hukum. Merogol, merompak, membunuh dan macam-macam lagi. Menurut buku bertajuk The Minds of Billy milligan, dia mempunyai 24 personaliti manusia yang ‘hidup’ di dalam badannya. Ni serba sedikit aku copy dari google (credit nih..hihi..)

Out of control of his own actions, Billy Milligan was a man tormented by twenty-four distinct personalities battling for supremacy over his body — a battle that culminated when he awoke in jail, arrested for the kidnap and rape of three women. In a landmark trial, Billy was acquitted of his crimes by reason of insanity caused by multiple personality –the first such decision in history– bringing to public light the most remarkable and harrowing case of multiple personality ever recorded.

Twenty-four people live inside Billy Milligan.

Philip, a petty criminal; Kevin, who dealt drugs and masterminded a drugstore robbery; April whose only ambition was to kill Billy’s stepfather; Adalana, the shy, lonely, affection-starved lesbian who “used” Billy’s body in the rapes that led to his arrest; David, the eight-year-old “keeper of pain”; Arthur, the Englishman; Ragen, the “keeper of Rage” who possessed incredible strength; Allen, the con man; Tommy, the escape-artist, and all of the others, including men, women, several children, both boys and girls, and the Teacher, the only one who can put them all together. Each of these “people” play a distinct role in this often shocking true story”

Ha..itu lah beliau..

Baru-baru ini beli sebuah novel bertajuk ‘Aku Bukan Billy Milligan-Norhayati Berahim’. Jadi cuba-cuba cari siapa si Milligan ini. Ya, watak dalam novel itu adalah benar. Ingatkan hanya rekaan sipenulis. Tetapi, watak hero (Adam Sohot) itu bukan seteruk personaliti si Milligan tu. Cuma siheroin (Laura Jidin) selalu menggelarkan lelaki bermuka batu, aicberg, lelaki dari neptune dan apa lagi gelaran aku dah tak ingat. Fun. Novel itu memang menarik. Berisi, bukan seperti novel-novel cinta yang lain. Opss..promote pulak. Tapi memang betul.

Okey, kembali kepada cerita si Billy Milligan ini. Aku ni suka sangat lari dari topik, bolehkah dikategorikan ngan si Milligan??haha..hampeh.

Biarpun si Milligan tu bukan sesiapa, sekurang-kurangnya hidup dia dibukukan, sejarahnya diingati dan dijadikan teladan. Hmmm..rasa-rasanya ada lagi tak Billy Milligan sekarang ini?

Bolehkah si perogol anak sendiri yang dilepaskan dari dihukum gantung sebab ketika dia melakukan jenayah itu dia bukan jadi dirinya sendiri, dia tidak waras, gila?Memang, secara lojiknya, ketika melakukan jenayah itu bukan diri kita sendiri. Erk?betul ke teori aku itu?. Macam ni, Allah jadikan kita putih, bersih, suci dan tidak ada secalit dosa pun kan..kan??Jadi, mau atau tidak melakukan jenayah itu didorong oleh syaitan yang ada dalam diri sendiri. Ah..sudah. Aku sudah menyimpang nih. Entahla, susah nak cakap.

Hari ini, ramai penjenayah terlepas sebab didakwa kurang siuman dan mental ketika melakukan jenayah. Tak puas hati betul. Sudah..sudah..aku akan bertukar jadi macam Milligan pulak nanti.

Kalau cam Milligankan bagus, boleh bertukar menjadi sesiapa pun yang kita kehendaki. Kalau aku..aku nak jadi Sultan Brunei jap. Tak pun Raja Arab Saudi, yang buat bangunan Al-Burj tu..hihi..perasan dan persaan aku ni. Perasan sudah bertukar jadi Billy Milligan..haha…persaan mempunyai Multiple Personality Disoder.

Namun, aku bersyukur siapa diri aku sekarang ini, yang penting Aku Bukan Billy Milligan. Cumanya, mau juga dong lari dari kebiasaan, maunya enjoy aja..hihi..

I give you more then I get..then you should say Thank You..

Selalu marah diri sendiri. Sebab aku ni sejenis makhluk Allah yang pemalu (ahakss..pemalu ker??). Bukan apa, macam pagi tadi, aku ternampak seorang mak cik ni berdiri dalam bas, pada masa itu aku duduk di kerusi. Kesian tengok mak cik tu, tapi malu nak bagi tempat duduk aku sebab perasaan aku macam semua penumpang bas semua ejek aku “nak tunjuk baik ler tu”..ghost!!!..tapi sebenarnya makcik itu tidaklah terlalu tua, aku agak masih boleh berdiri..haha..

Bodohkan?Nak buat baik pun aku malu. Tapi, selalu juga bagi orang yang lebih memerlukan tempat duduk di dalam LRT, Komuter dan bas…teksi?..hehe tak la..bukan nak bongkak, tapi nak kongsi pengalaman.

Paling tidak suka dengan bangsa sendiri. Sudah aku buat baik, jarang ada yang mengucapkan perkataan keramat itu (terima kasih).  Ada beberapa kali aku bagi perempuan mengandung sarat tempat duduk, ucapan terima kasih dia tak ucap, siap pijak kaki aku lagi..okey dia dimaafkan mungkin dia TERpijak..tapi biarpun tidak tersengaja ucapkan la maaf. Dbanding dengan bangsa lain.

Satu hari, hari itu(cam cerita deongeng jer) aku bagi seorang nyonya tua yang masa tu bersama seorang cucu lelaki dia yang aku kira dalam 3 tahun lebih tempat duduk dalam komuter. Ya Allah! kalau dia seagama aku mungkin dia sudah dikurniakan pahala berlipat ganda. Semasa aku bagi dia kerusi tu, dengan penuh rasa kasih dia ucapkan terima kasih, dengan senyuman dia yang lebar (sampai mata dia yang sedia sepet tak nampak..haha..), siap genggam tangan aku, berkali-kali ucapan terima kasih diberi, akhirnya penumpang yang sebelah beliau sampai destinasi, nyonya tersebut siap booking kerusi kosong tu untuk aku. Kelam kabut dia tarik tangan aku suruh duduk. Penumpang yang lain nak duduk dia halang guna tangan. Begitu sekali kan?Alangkah bagusnya kalau nyonya itu saudara seagama dengan aku. Tapi sayangnya dia tidak, tapi bukan kira bangsa dan agama tetapi nilai kemanusiaan itu yang penting.

Aku selalu ingat perkataan ini ‘I give you more then I get’..ya, biarpun aku kekurangan, seboleh-bolehnya aku akan tolong orang itu semampu yang boleh. Jadi tidak perlu rasa malu untuk buat kebaikan. Tapi rasa malu jika kita menidakkan hak orang lain yang memang berhak. La..jadi penceramah bebas pulak aku..Hahaha..

Hampeh..bertukar:aku adalah makhluk Tuhan paling SUKSES..InsyaALLAH..AMIN..AMIN…