Salam..

Terima kasih, surat itu telah sampai ke tangan adik aku. Tercapai juga hajat dia. Alhamdulillah. Kamu memang buat kerja. Minta maaf di atas kekasaran saya dalam entri sebelum ini.

Haha..gila skema. Sebenarnya aku hanya mahu kongsi perasaan gembira adik aku itu. Hmm..selagi surat tawaran melanjutkan pelajar ke politeknik tidak sampai, selagi itu lah dia memendam resah. Aku memang jahat. Suka buat tuduhan melulu, walhal, orang itu telah menunaikan tanggungjawabnya, ya..well (separuh hati) saya minta maaf sungguh-sungguh.

Manusia, begitulah. Jangan cakap aku sahaja berperasaan dan berperangai tidak-sopan-tidak-sabar begitu. Hakikatnya, kamu pun begitu bukan. Mana boleh blame aku sorang sahaja..hihi..buruk perangai aku nih.