Kalau fikir secara mendalam dan masak-masak, aku tidak patut berhenti kerja. Tapi kalau fikir ikut rasa logik akal dan separa sedar-baru-dikejutkan-dari-gempa-bumi mungkin keputusan berhenti kerja aku ambil. Bukan cuba untuk memilih kerja. Tapi, kerja aku buat masa ini tiada investment untuk hari tua (itupun kalau aku samapi umur tua), tiada KWSP/Socso dan tiada Cola.

Ya, hari ini susah sangat cari kerja. Aku tergolong dalam orang yang bertuah kerana ‘sudah bekerja’ hampir 7 bulan (biarpun kerja sebagai kuli). Hmm..harap-harap tahun 2010 membawa kesejahteraan untuk aku dan keluarga, dipermudahkan cara, diperluaskan rezeki..amin ya Allah.

Antara sebab aku mahu berhenti adalah: pekerja (merangkap teman sepejabat) talam dua muka (mungkin lebih), depan cakap senyum-cam-mcDonal, lembut gigi dari lidah, pijak semut tak mati, bila berjalan tiada berbunyi, tapi belakang semua kita yang buruk. Ramai manusia begitu kan?

Aku, menjadi mangsa, SiPolan tidak suka SiPolan, aku dijadikan kaunter umpatan. Aku jadi tempat sindiran SiPOlan. H*** tak?

Nanti kalau siA yang bermusuh dangan Si B dan C berbual dengan aku, si B dan si C kata aku kawan baik si A. Dan bila si B dan si C duduk semeja dengan aku, Si A kata aku teman bicara mereka. Menjengkelkan bukan?

Dan begitulah putaran hidup di dalam ofis sekarang. Nanti Si A umpat si B dengan aku. Kemudian Si B umpat si C, lepas itu si C umpat si A dan B dengan aku. Semua kata diri mereka sendiri yang bagus, baik dan tidak bersalah. Huh…ingat kau tong sampah ke?

Bosan. Bosan. Kadang-kadang macam orang dungu dengan senyuman manis saja mendengar kata-kata hasutan dan umpatan mereka. Layakkah mereka itu digelar kawan. Hampeh. Sebenarnya, selama aku berusia sebegini, baru sekarang  jumpa manusia yang begitu jahat mulut (hehe..macamla mulut aku baik sangat, tapi kira baik dari merekalah)

Kalau ditakdirkan jahat sudah lama aku jadi batu api, atas pagar dan cucuk-cucuk-melaga-lagakan mereka biar sampai bergaduh dan berkelahi. Haha..ITU KALAU AKU JAHAT!!!. Tapi hati kau tidak sebusuk itukan?

Sudahlah. Entri ini juga dikategorikan sebagai mengumpat. Hampeh. Asal entri blog kau terisi mesti tulisan berbentuk tidak puas hati, mengadu, mengumpat kan?

Taubat. Tak nak buat lagi. Sudah-sudahlah, nanti kau pun tergolong dengan mereka-mereka. Ok, aku berhenti mengumpat…wink..wink..