Salahkah kalau kita terlalu bersikap teliti dan berhati-hati?Cukup bodoh bila mengingati perkara yang berlaku pagi tadi. Juga menggelikan hati. Padan muka aku.Isk..sia-sia duit aku terbang.

Ceritanya begini, pagi tadi lepas dari bank, singgah kedai buku sekejap, kononnya nak cari buku atau novel yang best la. Cari-dicari adalah dua buah novel yang berjaya membankruptkan aku dan kawanku. Pastu aku amik beberapa bar cokelet Cadburry besar n kecik dan Snickers juga Mars (my pebret nih). So, tiba sesi pembayaran, sesi pujuk-membujuk berlaku di antara kawan aku dan tokeh. Okey, last2 tokeh bagi 10% diskon untuk harga buku. Melompat rianglah siteman dan aku. Jadi, harga untuk dua bijik novel + 2 bar cokelet cadbury (besar & sederhana) + Snickers + Mars=RM62.90.

Nak dijadikan cerita, oleh kerana sikap tidak percaya temanku ini dengan sitokeh mamak nih, sebab mesin cashier tu takda skrin tuk pelanggan, jadi dia cam tak percaya lah, harga novel itu dikurangkan 10%. dia pun nak kira sendiri harga2 tu juga. Pastu, kira sendiri guna kalkulator sitokeh mamak tadi. OMG!!!!..harga gitu punya baik tokeh mamak tu bagi kat, aku taknak. Kira punya kira, guess what, berapa sebenarnya harga barang-barang tersebut? (macam kuiz sapa boleh pulak..haha..) jeng-jeng-jeng..RM71.40!!!oh tidak..tidak..tidak..macam mimpi pun ada.

Betul-betul hampeh. Adush!!! cam kena lempang jer aku rasa. Dan sitokeh mamak tu, senyum-senyum tengok kami. WTH ko?!!!suka la tuh..uish..cam nak teriak jer bagitau dia, kalkulator ko tu salah dan mesin casheir ko pun rosak…bolehkah?Dia senyum sinis dan mengejek seolah-olah berkata “Padan muka, aku kira tadi korang xcaya..haha..bayar aku cepat..hehe..”

Nasib kurang baik betul kan?tak apalah, rezeki tokeh tulaha agaknya hari ini. Moral, jangan terlalu demand ok. Dan kawan aku kata dia cam tak percaya barang2 yang kami beli tu sampai harga RM71.40. Then, sampai opis dia kira semula. Yeah..tokeh mamak menang lagi. Yeah..yeah..boleh kaya tokeh tu sebab mengira dengan betul dan jujur dalam sistem jual beli.

Aku reda jela, halalkan saja. Sudah rezeki itu bukan milik aku..huhu.. (ikhlas ke itu?).

Jadi, kepada kamu semua jangan terlalu teliti, nanti kita juga yang rugi. Tak apa-tak apa…isk..isk..sob..sob..

Terima kasih kawanku…