Selalu marah diri sendiri. Sebab aku ni sejenis makhluk Allah yang pemalu (ahakss..pemalu ker??). Bukan apa, macam pagi tadi, aku ternampak seorang mak cik ni berdiri dalam bas, pada masa itu aku duduk di kerusi. Kesian tengok mak cik tu, tapi malu nak bagi tempat duduk aku sebab perasaan aku macam semua penumpang bas semua ejek aku “nak tunjuk baik ler tu”..ghost!!!..tapi sebenarnya makcik itu tidaklah terlalu tua, aku agak masih boleh berdiri..haha..

Bodohkan?Nak buat baik pun aku malu. Tapi, selalu juga bagi orang yang lebih memerlukan tempat duduk di dalam LRT, Komuter dan bas…teksi?..hehe tak la..bukan nak bongkak, tapi nak kongsi pengalaman.

Paling tidak suka dengan bangsa sendiri. Sudah aku buat baik, jarang ada yang mengucapkan perkataan keramat itu (terima kasih).  Ada beberapa kali aku bagi perempuan mengandung sarat tempat duduk, ucapan terima kasih dia tak ucap, siap pijak kaki aku lagi..okey dia dimaafkan mungkin dia TERpijak..tapi biarpun tidak tersengaja ucapkan la maaf. Dbanding dengan bangsa lain.

Satu hari, hari itu(cam cerita deongeng jer) aku bagi seorang nyonya tua yang masa tu bersama seorang cucu lelaki dia yang aku kira dalam 3 tahun lebih tempat duduk dalam komuter. Ya Allah! kalau dia seagama aku mungkin dia sudah dikurniakan pahala berlipat ganda. Semasa aku bagi dia kerusi tu, dengan penuh rasa kasih dia ucapkan terima kasih, dengan senyuman dia yang lebar (sampai mata dia yang sedia sepet tak nampak..haha..), siap genggam tangan aku, berkali-kali ucapan terima kasih diberi, akhirnya penumpang yang sebelah beliau sampai destinasi, nyonya tersebut siap booking kerusi kosong tu untuk aku. Kelam kabut dia tarik tangan aku suruh duduk. Penumpang yang lain nak duduk dia halang guna tangan. Begitu sekali kan?Alangkah bagusnya kalau nyonya itu saudara seagama dengan aku. Tapi sayangnya dia tidak, tapi bukan kira bangsa dan agama tetapi nilai kemanusiaan itu yang penting.

Aku selalu ingat perkataan ini ‘I give you more then I get’..ya, biarpun aku kekurangan, seboleh-bolehnya aku akan tolong orang itu semampu yang boleh. Jadi tidak perlu rasa malu untuk buat kebaikan. Tapi rasa malu jika kita menidakkan hak orang lain yang memang berhak. La..jadi penceramah bebas pulak aku..Hahaha..

Hampeh..bertukar:aku adalah makhluk Tuhan paling SUKSES..InsyaALLAH..AMIN..AMIN…