Billy Milligan-can be anyone he wants to be..except himself.

Seronok bukan menjadi seperti Billy Milligan?Yang mempunyai beberapa identiti diri, multiple personality disoder. Buat jenayah pun tak kena hukum. Merogol, merompak, membunuh dan macam-macam lagi. Menurut buku bertajuk The Minds of Billy milligan, dia mempunyai 24 personaliti manusia yang ‘hidup’ di dalam badannya. Ni serba sedikit aku copy dari google (credit nih..hihi..)

Out of control of his own actions, Billy Milligan was a man tormented by twenty-four distinct personalities battling for supremacy over his body — a battle that culminated when he awoke in jail, arrested for the kidnap and rape of three women. In a landmark trial, Billy was acquitted of his crimes by reason of insanity caused by multiple personality –the first such decision in history– bringing to public light the most remarkable and harrowing case of multiple personality ever recorded.

Twenty-four people live inside Billy Milligan.

Philip, a petty criminal; Kevin, who dealt drugs and masterminded a drugstore robbery; April whose only ambition was to kill Billy’s stepfather; Adalana, the shy, lonely, affection-starved lesbian who “used” Billy’s body in the rapes that led to his arrest; David, the eight-year-old “keeper of pain”; Arthur, the Englishman; Ragen, the “keeper of Rage” who possessed incredible strength; Allen, the con man; Tommy, the escape-artist, and all of the others, including men, women, several children, both boys and girls, and the Teacher, the only one who can put them all together. Each of these “people” play a distinct role in this often shocking true story”

Ha..itu lah beliau..

Baru-baru ini beli sebuah novel bertajuk ‘Aku Bukan Billy Milligan-Norhayati Berahim’. Jadi cuba-cuba cari siapa si Milligan ini. Ya, watak dalam novel itu adalah benar. Ingatkan hanya rekaan sipenulis. Tetapi, watak hero (Adam Sohot) itu bukan seteruk personaliti si Milligan tu. Cuma siheroin (Laura Jidin) selalu menggelarkan lelaki bermuka batu, aicberg, lelaki dari neptune dan apa lagi gelaran aku dah tak ingat. Fun. Novel itu memang menarik. Berisi, bukan seperti novel-novel cinta yang lain. Opss..promote pulak. Tapi memang betul.

Okey, kembali kepada cerita si Billy Milligan ini. Aku ni suka sangat lari dari topik, bolehkah dikategorikan ngan si Milligan??haha..hampeh.

Biarpun si Milligan tu bukan sesiapa, sekurang-kurangnya hidup dia dibukukan, sejarahnya diingati dan dijadikan teladan. Hmmm..rasa-rasanya ada lagi tak Billy Milligan sekarang ini?

Bolehkah si perogol anak sendiri yang dilepaskan dari dihukum gantung sebab ketika dia melakukan jenayah itu dia bukan jadi dirinya sendiri, dia tidak waras, gila?Memang, secara lojiknya, ketika melakukan jenayah itu bukan diri kita sendiri. Erk?betul ke teori aku itu?. Macam ni, Allah jadikan kita putih, bersih, suci dan tidak ada secalit dosa pun kan..kan??Jadi, mau atau tidak melakukan jenayah itu didorong oleh syaitan yang ada dalam diri sendiri. Ah..sudah. Aku sudah menyimpang nih. Entahla, susah nak cakap.

Hari ini, ramai penjenayah terlepas sebab didakwa kurang siuman dan mental ketika melakukan jenayah. Tak puas hati betul. Sudah..sudah..aku akan bertukar jadi macam Milligan pulak nanti.

Kalau cam Milligankan bagus, boleh bertukar menjadi sesiapa pun yang kita kehendaki. Kalau aku..aku nak jadi Sultan Brunei jap. Tak pun Raja Arab Saudi, yang buat bangunan Al-Burj tu..hihi..perasan dan persaan aku ni. Perasan sudah bertukar jadi Billy Milligan..haha…persaan mempunyai Multiple Personality Disoder.

Namun, aku bersyukur siapa diri aku sekarang ini, yang penting Aku Bukan Billy Milligan. Cumanya, mau juga dong lari dari kebiasaan, maunya enjoy aja..hihi..