Meh, entri kali ni cerita sal tandas. Jua pasal ke’negligence’ nya aku. Selalu dan kerap sekali aku buat perkara lucu itu iaitu melepaskan paip (hos) air dalam tandas menyebabkan hos itu berputar-puta macam ular yang digeletek kucing…haha..

Habis lencun dinding toilet, dan silap-silap hari bulan kalau ada pengguna toilet sebelah sah terkena pancutan air paip. Hihi..lucu bukan?gelak la..

Aku pernah kena marah makcik cleaner sebab melencunkan lantai tandas. Masa pergi Genting, ya, Genting seingat aku. Oleh kerana cuaca sejuk dan gayat naik kereta cabel, tak tertahan nak terkucil dan terus je lah serbu toilet, then buka paip air tanpa menurunkan dari penyangkutnya, apa lagi terbitlah air pancut versi toilet Genting. Makcik cleaner apa lagi, hangin satu badan. Aku bukan sengaja la makcik..abis dia tonyoh-tonyoh mop depan toilet aku ‘nginap’ sambil bebel..huhu..kuar jer dia tenung aku. WTH!! makcik..aku cakap cam tu..eh..tak adalah, mainan perasaan saja.

Itu antara yang terbaek aku buat. Yang kedua. Dekat opis pun camtu, ada sesetengah orang ni tak berdisiplin, lepas guna paip tu tak gantung balik tempat penyangkutnya. Then, aku main bukak jela, tiba-tiba “Oi..sapa kat sebelah??abis basah kasut aku!!!”

Oh..tidak!!!tidak!!!

Pastu aku jawab..”Minta maaf, saya tak sengaja, maaf ye”

Orang tu “Siapa tu??suara macam kenal?”

Haha..upanya aku kenal mangsa itu..

Ketiga. Kena kawan sendiri. Berlaku di Johor, Persada. Memang kut sikap kelam kabut aku masa nak Qada hajat, buat aku tak perasan benda itu boleh jadi. Mula-mula masuk tandas tu, cam tak nak guna jer, memandangkan ramai orang, jadi aku terpaksa guna juga. Batang paip tu adalah sipembersih balut dengan tisu. Kotor maybe. Aku tak perasan. Then, terus guna. Bila saja sentuh tisu basah tu, geli, macam pegang kulit binatang mamalia, licin dan lembut.

Apalagi, tindakan spontan aku campaklah ke tepi. Air pun melimpah ruah, gabra punya pasal, aku nak tutup, tetapi terbuka makin besar. Masa itu, kawan aku dekat sebelah, biarpun dinding toilet tu tinggi tapi dia tetap terkena. Aku?Kasut, baju, jeans dan beg basah. Nasib bek pakai baju kolor hitam dan kasut crocs. Kalau tidak sah kuyup.

Hihi..kadang-kadang peralatan moden ini menyusahkan kan?

Tengok macam orang dulu-dulu, guna cebok atau gayung sahaja.Aku akui aku memang cuai, bukan salah batang paip itu atau air paip itu. Kalau tidak pandai menari jangan salahkan lantai yang bergoyang..

Dah habis da, sila tepuk tangan ramai-ramai..