Jangan hanya hebat menunjuk lagak. buktikan. Jangan seperti ayam jantan yang bertaji tapi pondan. Huh!geram sunggu dengan manusia yang BOSSY ni.

Yang dia tahu berlagak. Semua dia tahu. Tapi kenapa semua benda harus bertanya. Kenapa semua perkara harus main arah dan guna kuasa pegawai sengkek ko tu? Bukankan bodoh sombong namanya itu?Argh…aku sudah dihambat rasa marah. Setan gondol berdahi jendol sudah merasuk aku. Hiiiiii…geram!!!!!

Okey, enough, forget it.

Sekarang kita cerita yang bagus-bagus saja. Untuk mengekalkan iman di dalam hati aku juga agar pahala aku tidak dipotong kerana memaki hamun.

Seminggu yang lalu berkesempatan balik Sabah. Oh..sungguh rindu dengan kampung di mana aku tergolek dog itu..juga di mana muka comot aku selalu dipotretkan. Gila banyak kenanangan. Rindu rumah itu, rindu bilik-bilik di rumah itu.

Malam pertama balik mak masak paru goreng kicap (my feb ni), pastu aku goreng kobis bunga ngan cili korea campur udang..wah..bes..bes..

Then, 3hb mak ngan bapa pulak terbang ke Semenanjung. Jadi, tinggallah aku sensorang kat umah. Petang k.ina amik bawa gi umah dia.

Esoknya, rotate g umah k.Jie pulak. Petang kuar g makan sate tepi pantai.

Anak-anak sedara aku semua sudah besar. Pintar dan sungguh cerdik tahap kancil. Juga sungguh comel dan kiut. Cantik with brain. Ya..absolutely right.

Hari ke enam kat umah, aku terpaksa balik ke Kl. Arghh..saat-saat yang paling aku benci. Cis..

Dan petang Sabtu aku sudah berada di Putrajaya. Sekejap sungguh kan?Macam tak percaya deh. Letih. Naik KLIA transit sampai Putrajaya. Pastu amik teksi. Caj punya mahal, RM8, meter juz Rm5.10 jak. Bongok!~

Dalam flight sungguh mahu muntah. Perangai aku, naik kereta dan bas sahaja mabuk ok, itu pun kalau kereta atau bas balik-balik berhenti, tapi flight tidak sama sekali. Mungkin kesan tidak mengambil sarapan pagi kut. Dicampur dengan kegatalan aku melihat keadaan aras bawah dari tingkap flight. gayat. Terus pening dan terasa nak muntah.

Hmmm..masuk opis aku mabuk balik. Mabuk ngan keadaan opis yang melmaskan. Malas nak cerita la. Menyampah. Benci.

Cuti tahun baru cina balik Melaka. Sepupu kawin. Lagi. Ya, sebaya aku. Aku pedulik hapa. Mak ngan bapa suh pegi, then aku kena pegi…hihi..

Buruk perangai betul. Ya. Suka akulah. Wekkk…aku benci si BOSSY..