Archive for Ogos 2010

Ya, kamu sentiasa ada

This song is great, for those that can actually close their eyes and think of someone, but like he sings, it takes two to whisper quietly. For those that listen to this,ÔĽŅ and are alone at the moment, realise that even though you might not be able to share this with someone now, you will eventually. If you find that person, show him, or her this song. Make sure that person is able to see what you think. I know I’ll do that ūüėČ

Itu di antara komen seorang pendengar video lagu ‘Vanilla Twilight-Owl City’. Lagu kegemaran aku. Syahdu. Sudah la duduk seorang. Macam mahu mengalir saja air mata….huhu…

Tapi ‘Kamu’* itu siapa?Aku tidak punya siapa-siapa. Aduh! sungguh sedih cerita hidup aku kan?hmmm..haha..gila lawak aku ini. Malam-malam buta meratapi nasib. Ya, apa boleh buat, sudah dibuang kerja, tidak tahu mahu buat apa-apa. Jadi penggangur sehingga habis raya. Tulun..tulun..siap mahu ‘hire’ aku kerja?sila offer…sila…dialu-alukan. Aku hanya punya ijazah picisan yang tidak laku dilelong. Oh…gerun!. Gerun bila fikir yang aku tidak bekerja sehingga aku tua. Ya Allah! bantu hamba. Tolong kurniakan hamba rezeki-Mu. Amin.

Buat pertama kali menghadapi situasi seperti itu. Diberhentikan perkhidmatan (secara mengejut) sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT). Dunia seolah ketawa. Ish..apa pula. Bukan dunia, tapi lebih menyedihkan seperti diri sendiri mengetawakan aku. Yark! sungguh jelek perasaan itu.  

Alhamdulillah, syukur atas kurniaan Allah kerana menmberi aku keluarga yang penyayang, ambil berat dan terlalu memahami. Sayang mereka semua. Tiada kata boleh aku ungkapkan. Biar pun aku tidak punya ‘kamu’ tapi mereka ada. Mereka seboleh-bolehnya mahu aku terus gembira, terus menikmati kegembiraan dalam hidup aku. Mereka tidak mahu walau seminit aku mengingati gelaran aku sekarang, penggangur. Merekalah yang tidak jemu mendoakan aku, memujuk hati aku yang sedang rawan. Merekalah anugerah terindah.¬† Sedih pula.

Itulah, bila dengar¬†lagu Vanilla Twilight, terus teringat mereka.¬†Bila tengok VC lagi¬†menarik. Suka banget deh.Ya, kamu¬†sentiasa ada, seperti ais krim vanilla yang selalu aku inginkan.¬†Oh darling i wish you were here…Okeylah, aku tujukan lagu ini buat keluargaku yang tersayang. Nah ambil liriknya ya…

 The stars lean down to kiss you,
And I lie awake I miss you,
Pour me a heavy dose of atmosphere.
Cause I’ll doze off safe and soundly,
But I’ll miss your arms around me
I’ll send a postcard to you dear,
Cause I wish you were here.

I’ll watch the night turn light blue,
But it’s not the same without you,
Because it takes two to whisper quietly,
The silence isn’t so bad,
Till I look at my hands and feel sad,
Cause the spaces between my fingers
Are right where yours fit perfectly.

I’ll find repose in new ways,
Though I haven’t slept in two days,
Cause cold nostalgia chills me to the bone.
But drenched in Vanilla twilight,
I’ll sit on the front porch all night,
Waist deep in thought because when I think of you.
I don’t feel so alone.
I don’t feel so alone.
I don’t feel so alone.

As many times as I blink I’ll think of you… tonight.
I’ll think of you tonight.

When violet eyes get brighter,
And heavy wings grow lighter,
I’ll taste the sky and feel alive again.
And I’ll forget the world that I knew,
But I swear I won’t forget you,
Oh if my voice could reach back through the past,
I’d whisper in your ear,
Oh darling I wish you were here.

Mimpi jadi kenyataan

Seminggu yang lalu aku bermimpi dibuang daripada menjadi guru sandaran tidak terlatih (gstt). Ya, rupanya mimpi itu menjadi kenyataan. Subhanallah.

Bezanya, dalam mimpi itu, aku menangis teresak-esak bila terima cek untuk gaji bulan terakhir aku berkhidmat di sekolah tersebut. Dan, realitinya, tadi, apabila saja cikgu PK1 bagi aku surat penamatan perkhidmatan, aku boleh terimanya dengan senyuman. Walhal, dalam hati memang dapat mengagak pasti surat itu.

Hmmm..apa harus aku lakukan pada saat ini?menyalahkan takdir atau buat-buat reda. Ketika raya bakal menjelma, aku dihambat kesedihan. Selepas ini tidak tahu apa yang perlu aku lakukan. Selepas grad aku tak pernah duduk rumah tanam anggur, tidak tahu bagaimana rasanya jadi penganggur. Huarghhhh..pasti bosan.

Kakakku kata, mungkin Allah sudah sediakan aku kerja yang lebih baik lagi. Usaha sahaja. Ya, aku akui aku memang bersenang-senang dahulu, baru bersusah-susah kemudian.

Pening. Sakit kepala fikirkan nasib badan.

Bila…

Salam…

Masuk hari ke-enam berpuasa. Masih dalam keadaan mood berkobar-kobar menyambut ramadhan. Masih saja rajin pergi bersembahyang terawih, mengaji dan bertadarus. Bagus, bagus. Kekalkan sehingga habis ramadhan ya.

Jumaat petang, selepas¬†pulang dari sekolah¬†menyempatkan waktu balik ke¬†kampung. Mahu¬†berpuasa bersama mak dan bapa. Kesian¬†mereka, hanya tinggal berdua sahaja.¬†¬†Biarlah hujung minggu ini aku ‘membelanjakan’ atau meluangkan masa bersama mereka. Hehehe…kesian mak dan bapa, anak saja ramai, di hari tua tinggal juga berdua.¬† Bilalah dapat berpuasa bersama anak-anak mereka lagi. Tapi, apalah lagi nasib orang yang anak sedikit itu ya?hmm..

Bulan ramadhan ini mengingatkan aku dengan kehidupan alam kampusku. Huh..bila lah masa itu boleh ku ulang lagi. Sungguh rindu. Bilalah boleh balik semula ke zaman itu..huhu…mustahil akan berulang. Kawan-kawan pun ada yang sudah berumah tangaa dan bertunang. Aku saja masih berumah, tapi belum ada tangganya. Bila?usah ditanya.

Melucukan. Ramadhan belum tiba lagi, ada kawan-kawan yang¬†sudah mengirim pesanan untuk hari raya. Seorang minta dibelikan keropok ikan yang di sini (Sabah) dipanggil ‘amplang’ untuk hari raya, yang sorang kirim kerongsang permata, ada juga kirim kek lapis Sarawak. Aduh..sayang, puasanya belum lagi mula, kamu sudah sibuk sambut raya ya. Tapi, insyaAllah akan aku poskan ya…

Letih. Memang mencabar untuk mengajar di bulan puasa. Kena kontrol emosi. Huh…lemah semua urat dan sendi melayan karenah budak-budak. Macam berlari marathon berapa jam. Semput.

Dan, selamat mengekalkan aktiviti beramal di bulan mulia ini ya. Salam…

Selamat Berpuasa dan Selamat Kembali

Salam semua,

Berapa dekad aku tidak mengupdate blog ni. Kesian blog ini tidak bertuan.Haha..oklah bersempena bulan baik ini, aku kembali mengupdate ‘dia’.

Hari pertama berpuasa sungguh baik perasaan itu. Tidak lapar. Tidak haus. Cuma, badan letih sahaja. Melucukan apabila aku masuk kelas, bila saja hendak marah, ada pelajar non-muslim menegur aku..”hah..cikgu, tak boleh marah, nanti batal puasa…”..sabar sajalah budak-budak ini. Siap bersorak lagi cikgu tak boleh marah..yeah..yeah..cikgu tak boleh marah…haha…apa-apa sajalah kamu.

Hurm…kenapa ya, semasa puasa sibuk pula orang bercerita pasal resepi. Macam kawan aku ni, sibuk cari resepi masakan dalam internet, tanya orang sekeliling lah, sudah itu siap gambarkan lagi bentuk makanan itu. Bertuah punya budak. Hari-hari biasa tidak pulak.

Apa-apa pun, ikhlaslah tunaikan puasa kamu ya.

Dan pagi tadi baru sahaja aku mendegar berita sedih. Bekas guru sekolah menengah aku meninggal dunia semalam. Alhamdulillah, dia kembali ke rahmatullah pada bulan baik ini. Semoga roh beliau dicucuri rahmat. Amin. Al-Fatihah untuk dia.