Salam semua,

Berapa dekad aku tidak mengupdate blog ni. Kesian blog ini tidak bertuan.Haha..oklah bersempena bulan baik ini, aku kembali mengupdate ‘dia’.

Hari pertama berpuasa sungguh baik perasaan itu. Tidak lapar. Tidak haus. Cuma, badan letih sahaja. Melucukan apabila aku masuk kelas, bila saja hendak marah, ada pelajar non-muslim menegur aku..”hah..cikgu, tak boleh marah, nanti batal puasa…”..sabar sajalah budak-budak ini. Siap bersorak lagi cikgu tak boleh marah..yeah..yeah..cikgu tak boleh marah…haha…apa-apa sajalah kamu.

Hurm…kenapa ya, semasa puasa sibuk pula orang bercerita pasal resepi. Macam kawan aku ni, sibuk cari resepi masakan dalam internet, tanya orang sekeliling lah, sudah itu siap gambarkan lagi bentuk makanan itu. Bertuah punya budak. Hari-hari biasa tidak pulak.

Apa-apa pun, ikhlaslah tunaikan puasa kamu ya.

Dan pagi tadi baru sahaja aku mendegar berita sedih. Bekas guru sekolah menengah aku meninggal dunia semalam. Alhamdulillah, dia kembali ke rahmatullah pada bulan baik ini. Semoga roh beliau dicucuri rahmat. Amin. Al-Fatihah untuk dia.