Salam…

Masuk hari ke-enam berpuasa. Masih dalam keadaan mood berkobar-kobar menyambut ramadhan. Masih saja rajin pergi bersembahyang terawih, mengaji dan bertadarus. Bagus, bagus. Kekalkan sehingga habis ramadhan ya.

Jumaat petang, selepas pulang dari sekolah menyempatkan waktu balik ke kampung. Mahu berpuasa bersama mak dan bapa. Kesian mereka, hanya tinggal berdua sahaja.  Biarlah hujung minggu ini aku ‘membelanjakan’ atau meluangkan masa bersama mereka. Hehehe…kesian mak dan bapa, anak saja ramai, di hari tua tinggal juga berdua.  Bilalah dapat berpuasa bersama anak-anak mereka lagi. Tapi, apalah lagi nasib orang yang anak sedikit itu ya?hmm..

Bulan ramadhan ini mengingatkan aku dengan kehidupan alam kampusku. Huh..bila lah masa itu boleh ku ulang lagi. Sungguh rindu. Bilalah boleh balik semula ke zaman itu..huhu…mustahil akan berulang. Kawan-kawan pun ada yang sudah berumah tangaa dan bertunang. Aku saja masih berumah, tapi belum ada tangganya. Bila?usah ditanya.

Melucukan. Ramadhan belum tiba lagi, ada kawan-kawan yang sudah mengirim pesanan untuk hari raya. Seorang minta dibelikan keropok ikan yang di sini (Sabah) dipanggil ‘amplang’ untuk hari raya, yang sorang kirim kerongsang permata, ada juga kirim kek lapis Sarawak. Aduh..sayang, puasanya belum lagi mula, kamu sudah sibuk sambut raya ya. Tapi, insyaAllah akan aku poskan ya…

Letih. Memang mencabar untuk mengajar di bulan puasa. Kena kontrol emosi. Huh…lemah semua urat dan sendi melayan karenah budak-budak. Macam berlari marathon berapa jam. Semput.

Dan, selamat mengekalkan aktiviti beramal di bulan mulia ini ya. Salam…