Seminggu yang lalu aku bermimpi dibuang daripada menjadi guru sandaran tidak terlatih (gstt). Ya, rupanya mimpi itu menjadi kenyataan. Subhanallah.

Bezanya, dalam mimpi itu, aku menangis teresak-esak bila terima cek untuk gaji bulan terakhir aku berkhidmat di sekolah tersebut. Dan, realitinya, tadi, apabila saja cikgu PK1 bagi aku surat penamatan perkhidmatan, aku boleh terimanya dengan senyuman. Walhal, dalam hati memang dapat mengagak pasti surat itu.

Hmmm..apa harus aku lakukan pada saat ini?menyalahkan takdir atau buat-buat reda. Ketika raya bakal menjelma, aku dihambat kesedihan. Selepas ini tidak tahu apa yang perlu aku lakukan. Selepas grad aku tak pernah duduk rumah tanam anggur, tidak tahu bagaimana rasanya jadi penganggur. Huarghhhh..pasti bosan.

Kakakku kata, mungkin Allah sudah sediakan aku kerja yang lebih baik lagi. Usaha sahaja. Ya, aku akui aku memang bersenang-senang dahulu, baru bersusah-susah kemudian.

Pening. Sakit kepala fikirkan nasib badan.