Salam..

Selamat Hari Raya semua. Biar pun lewat diucapkan tapi ikhlas tau.

Esok genap sebulan aku duduk menggangur di rumah. Tiada apa-apa berita dari mana-mana syarikat yang hendak offer aku kerja. Zero, null, kosong. Sama saja kan?. Hari-hari hantar resume, mohon jawatan kosong. Huh..memang tiada rezeki aku kan.

Rindu dengan anak-anak murid aku. Rindu nak buat-buat garang. Rindu mau cubit diorang. Rindu nak gelak-gelak dengan diorang. Entahlah, diorang ingat aku atau tidak. Entah-entah aku saja ingat diorang kan?

Aku ingat lagi semasa mengisi borang kaji selidik mengenai sekolah kami. Setiap murid mesti mengisi borang tersebut untuk mendapatkan keberkesanan pengajaran, di dalam kelas, luar kelas dan penyelidikan mengenai guru-guru.

Aku pun sibuklah membaca borang survey itu semasa kelas aku mengajar. Hampeh sungguh. Dalam elemen guru, antara soalan yang ditanya masalah yang berlaku di dalam kelas yang berkaitan guru-guru. Ada guru yang dibenci; jatuh cinta dengan guru; guru garang sangat; guru mengabaikan pelajar. Dan jawapan itu semua memang ditanda. Aku pun tanya, siapa guru yang dibenci?jawapn budak-budak:cikgu rasidah (itu aku ok), kemudian, siapa cikgu yang garang, jatuh kepada aku juga. Cikgu yang mengabaikan murid-murid..ooo..bukan aku sebab aku memeng ‘peramah’ sangat..semua nama anak murid aku 5 buah kelas aku ingat ok. Paling melucukan, ada seorang pelajar lelaki yang suungguh cute ini, dia tanda jatuh cinta dengan guru. Siapa?aku lah..haha…comelnya..

Hmmm..sah lah di situ hanya sorang saja yang menyukai aku, dan bakinya membenci aku kan?. Paling mengukuhkan bukti kenyataan itu adalah, ada 2 orang pelajar sanggup ponteng kelas aku sebab takutkan aku. Kenapa?sebab minggu sebelum ini aku cubit mereka sebab tidak membawa buku nota. Dan mereka pun takut nak masuk kelas sebab aku garang.Haha…

Kenangan betullah. Entah bila lagi boleh didik anak bangsa.

Dan hari ini aku mendidik diri supaya bersabar.