Salam dan selamat tahun baru semua..

Lama tidak menulis, mengekspresikan perasaan dan berkongsi segalanya dengan kamu. Tahun 2011, sama seperti tahun 2010. 01.01.11, bangun pagi seperti pagi-pagi biasa, mimpi di malam hari juga seperti ‘tahun lalu’ (emmm..pelik kalau tulis tahun lalu…hehe..), aktiviti juga seperti yang selalu…huargh…yang bezanya adalah umur. Tua setahun lagi.

Macam-macam berlaku pada tahun lalu. Bermula dengan kerjaya. Selepas habis belajar aku dapat kerja di Kementerian Pengajian Tinggi, berkhidmat selama 8 bulan. Kemudian dapat tawaran menjadi Guru Sandaran Tidak Terlatih, berkhidmat selama 5 bulan, kemudian menjadi guru ganti, 1 bulan. Setakat itu rezeki aku , kemudian sudah tiada.

Kemudian dari segi kehidupan dengan keluarga, semua berjalan dengan lancar. Tahun 2010, aku menerima seorang lagi anak buah perempuan dari abang sulungku. Dua orang mak cik aku berkahwin. Pada raya tahun lalu juga semua ahli keluarga balik berkumpul untuk beraya bersama. Seronok sungguh. Namun yang menyedihkan, akak keenam aku mengalami keguguran anak keduanya. Alhamdulillah, dari segi kewangan keluarga abang-abang dan kakak aku semua ada peningkatan.

Kehidupan dengan kawan-kawan pula. Alhamdulillah perghubungan semakin baik dan mesra. Ramai kawan-kawan seuniversiti sudah mendirikan rumahtangga. Ada yang mengikat tali pertunangan. Hmmm…aku juga masih single. haha…dan paling menggembirakan ramai kawan-kawan yang ada pekerjaan. Alhamdulillah. Aku berkongsi kegembiraan dengan mereka.

Dan, aku juga masih begini. Sebenarnya, bukan tahun yang membezakan, tetapi apa yang berlaku pada hari-hari yang berlalu dalam tahun tersebut. Kan?