Archive for Mei 2011

Minggu paaaling lamaaaaaaa…

Salam,

Minggu yang paling lama aku rasa pada abad ini. Celik jak mata, hah! baru hari Selasa? Bangun jak pagi tadi, what? baru hari Rabu!. Bodoh. padahal diri sendiri yang sudah tua. hari pun boleh tersasul. Opss..tersalah hari.

Tapi serius, minggu ini paaaaaaaaaaaaaaaaaaling tragik paaaaaaaaaaaaaaaling laaaaaaaaaaaama aku lalui. Bukan sebab tidak sabar mahu cuti Keamaatan, tetapi serba-serbi berjalan seperti si siput babi dan si kura-kura yang berlumba…hikhik..ngehngeh..bengong sudah kepala ni.

Serius kali kedua. Memang minggu ini seperti jam yang disetting semula dan diputar semula, kemudian dihentikan sekejap, selepas itu di-on balik, kemudian….(emmm…oleh kerana masa sungguh terasa lambat bergerak, jadi apasalahnya layan otak biul jap)..di-offkan, dan disetting semula. OMG!

Serius kali ketiga. Selalunya, bila tidak masuk kelas dan mengajar, jarum jam si pendek dan si panjang  itu seperti berlumba-lumba ‘siapa’ yang dulu sampai dinombor 12. Hah! betul, aku selalu perhati. jadi masa berjalan sungguh lancar, lembut dan halus tanpa membangunkan sialpa yang sedang nyenyak ketiduran dan berangan serta membuat benda yang tiada manfaat (ehem….akulah itu). Itu dulu. Bukan seperti minggu ini.

Serius kali keempat. Lambat betul lunch hour. Ya Allah! perut aku sudah berkrokkrek tidak berhenti-henti, jam masih dinombor 10.6. walhal, sarapan berat sudah aku amik. Kalau sebelum ini, makanan yang masuk untuk sarapan pun belum hadam, tapi makan time sudah mari. Betul, aku tak tipu. Aku rasalah.

Serius kali kelima. Betul-betul fakta. Mungkin aku yang sudah melewati umur senja kan?putaran dan kitaran hidup menjadi kucar-kacir. aku rasalah.

Rumah sewa yang disewakan

Salam,

Alhamdulillah, sudah jumpa rumah sewa yang lebih selesa, aman, berpatutan dan paling penting di tingkat bawah. Tidak perlu merangkak naik sampai tingkat 5. Rumah sewa sebelum ini tingkat 5, cuba bayangkan (tutup mata dan berfikir ya..) aku pergi kerja jalan kaki sahaja (aku budak tidak mampu beli kereta..harap maklum) sebab sungguhlah dekat dalam 10 minit masa berjalan (see..dekat kan?), jadi aku aku akan turun dari tingkat 5 (ada 80 anak tangga), kemudian berjalan kaki ke kampus, sampai kampus aku kena panjat tangga lagi ke tingkat 4 (emm..aku tak sempat kira berapa anak tangga) di mana terletaknya pejabat aku menginap. Lihat, betapa sihatnya aku, dan serius, betapa sengsaranya kaki aku kan?Kesian dia.

Ok, kembali kepada cerita, sebenarnya aku mahu cerita mengenai rumah baru, rakan rumah baru, jiran baru dan paling penting rakan bilik baru. Pelik. Rakan sebilik aku ini tidak pernah kenal sebelum ini. Jadi, aku tidak tahu bagaimana keadaanya bila kami tinggal bersama. Dia kena layan kemalasan aku, kesukaan aku untuk menyepahkan bilik, ketidakpandaian aku memasak, keawalan ketiduran aku (tidur awal lah..hihi..), apa lagi yang peragai buruk aku?, nanti bila tinggal sebilik dia akan tahu siapalah aku ini.

Tapi, apa-apa pun, berdoa agar semua berjalan lancar, kalau tidak seperti yang diharapkan aku akan mengalah dan cari bilik barulah nampak gayanya..huhu..sebab semuanya dari diri kita sendiri. Blames your self, dont blame others.

Cerita pasal rumah sewa ini, semalam baru aku baca cerita seram mengenai rumah sewa. Cerita budak-budak UiTM Shah Alam, yang ‘ter’ sewa umah di seksyen 2. Rumah yang disewakan pada harga RM50 sebulan tanpa deposit. Cerita sungguh ngeri (psst..mula-mula baca aku tidak percaya sangat, sebab macam tidak real je..kemudian aku lanjutkan pembacaan sehingga tamat, secara automatik aku takut..harhar..) sehingga membawa kepada kematian dua orang rakan mereka. Betul. aku tidak menipu. Aku pergi cari lagi gambar rumah tu, memang nampak haunted la..huargh!!!

Janganlah aku tersalah pilih rumah sewa. Takut. Kawan-kawan juga, lihat, selidik, soal dulu pada tuan kedaung semua perkara yang ingin anda tanya sebelum masuk rumah sewa ya.

Kawanku, sahabatku, temanku..

Dia sering bercerita, biar jodoh datang diutus Tuhan, yakni biar datang dengan sendiri. Aku pun selalu cakap benda yang sama dengan dia. Biarpun kami berdua sedar umur semakin meningkat, bukan muda lagi, serah semuanya pada Yang Esa. Huargh..begitu tulus bunyinya kan? Kata-kata PMT (Perempuan Melayu Terakhir) yang malas mahu bercinta dan mencari jodoh sendiri..hehe..

Dan beberapa minggu kemudian dia bercerita bahawa ada seorang staff nurse senior, satu tempat kerja sama dia tanya no phon, facebook, dah ada boyfriend ke belum dan macam-macam lagi. Rupa-rupanya pertanyaan itu mempunyai maksud tersirat. Dia  berbuat begitu untuk ‘match’ kan dia dengan anaknya. Hehe..al-maklumla dia ni seorang yang jujur. Tidak pandai berbohong (kalau dia menipu nampak dari riak wajahnya..hihi..kedapatan) jadi semualah diberitahu.

Kemudian, dia bercerita lagi, staff nurse senior tersebut inginkan dia menjadi menantu. Apalagi, dia memang seorang yang suci murni, tidak tahu apa-apa, gabra semacam. Jadi, aku sebagai penasihat tidak rasmi (lantik diri sendiri..perasan..) bagilah pelbagai nasihat (macam orang yang banyak pengalaman bercinta dan putus cinta..erk?). Ya, dia pada mulanya memang bermati-matian tidak mahu. Tetapi aku sedarkan dia, bukankan selama ini ‘kami’ (PMT yang pasrah) menunggu cinta yang cari kita, bukan kita yang pergi cari cinta. Mungkin masa kau sudah tiba (ehem, serius sikit, ok) aku nasihatkan dia.

Dan, akhirnya, semua berjalan seperti yang dirancang. Perjanjian telah dimeterai, tarikh telah ditimbang tara, segala persiapan disediakan sebagus mungkin, tinggal sahaja menunggu waktu yang berharga ini.

Tarikh keramat 03, 04 & 05 Jun 2011, akan bersatulah anak adam dan hawa ini. maka akan bertambah berkatlah hubungan mereka. (Huarghh..disaat entri ini ditulis, bergenang-genang air mata..aku kehilangan kawan baik yang single..erk?bodohnya pengakuan itu) Tetapi, sesungguhnya kepada dia aku ucapkan tahniah, aku tumpang bahagia, aku tumpang meraikan tarikh keramat itu.

Sunarteh Ali, berbangga punya kawan seperti kau dunia dan akhirat. Psstt..pas kahwin nanti jangan lupa ku ya. Tetapi, maafkan aku, disaat kau sibuk cari baju nikah, baju sanding, siapkan segala benda untuk hari bahagia kau, aku tiada di sisi, aku sibuk dengan hal aku. Satu pun aku tidak tolong. Maaf ya. Bahkan dihari kau nikah aku tidak dapat datang. Jahatkan aku. Doaku moga semuanya berjalan lancar. Amin. (ehem…mau juga jodoh macam kau..hihi..gedik)

Bila Isteri seksi, Suami bangga

“Da, nampak seksi ka?”. Seorang kawan bertanya dengan aku ketika kami bersiap-siap mahu keluar ke pasaraya. Sambil membebel-belek seluar legging dan t-shirt sendatnya..erk!

“Hmm..bolehlah, nampak ko punya bontot sama getah ‘sepender’..hehe..”(Aku budak jujur!)

“Betul ba?” (buat muka cuak)

“Betullah..”(sambil senyum-senyum. Aku budak jujur!)

“Ah..lantaklah. Suami aku suka kalau aku seksi..”

“Hah?” (Muka terkejut)

“Dia bangga kalau kami keluar aku pakai seksi-seksi. Kalau lelaki lain tengok dia cakap bonus pada diorg..”(Ada riak-riak bangga di wajahnya..Oh..Tuhan)

“Oh…baguslah kalau begitu, dia (ref:suami yang bodoh!) yang berdosa..”(sekali lagi aku budak jujur!)

“Tapi lepas aku bersalin si polan (nama anak beliau..identiti tidak boleh direveal) aku ada rasa sikit malu”

“Ok…”(buat muka tiada perasaan)

Ok, itu adalah satu situasi di mana sang suami menjadi seorang yang bangga bodoh. Sebenarnya aku ini bukanlah alim sesangat. Suam-suam suku adalah. Tetapi bab-bab aurat aku masih ada batasnya. Ehem!

Aku boleh terima bila isteri berpakaian seksi dengan niat untuk dipandang suami sahaja TETAPI biarlah dia hanya memakai pakaian seksi itu di rumah sahaja. Di mana hanya suami dia sahaja yang melihat. Kan?

Maruah isteri adalah maruah sang suami. Kan?

Kecantikan isteri hanya milik sang suami sahaja. Kan?

Tubuh badan isteri itu hanya sang suami sahaja berhak memandang dan menikmatinya. Kan?

Kesimpulannya,  lelaki itu (ref:suami yang bodoh itu) lelaki dan suami yang DAYUS!.

Ya Allah, Engkau berikannlah aku SUAMI yang dapat menjaga maruahku, membimbing aku ke jalan yang diredhaimu, dapat menegurku dikala ku khilaf, disaat aku terpesong dan dimasa aku tertidur alpa melupakanMU.

Hidup memang macam itu

Salam…

Diam tak diam 4 bualn blog ini diabaikan. Alahai..kesiannya dia. Cuba untuk berpaling tadah ke rumah baru, tetapi hati tetap pada rumah lama ini. Teringat-ingat padanya.Hahaha..gila!

Banyak perkara yang tidak aku kongsikan bersama di sini. 4 bulan adalah jangka masa yang lama. Lama sangat. Ada beberapa versi cerita sudah lapuk terjadi dalam hidup seharian. Huargh…serius, rindu sama kau blog.

Alhamdulillah, aku sudah berjaya mendapatkan kerja untuk diri sendiri. Jadi, sekarang aku pun bukan pekebun anggur lagi ya. InsyaAllah, kalau diizinkan Allah, adalah ladang anggur (buah anggur yang betul…hihihi..) aku buka nanti. Cari dana dulu..chaiyook ida. Ehemm..meh dengar cerita. Pada 08hb April aku terima panggilan telefon. Masa tu aku tengah sibuk goreng kuih pisang tau..hihi..dengan ditemani radio yang sengaja aku turnup the volume. Gila, syok sendiri masa tu. Anak-anak-buah-kesayangan sedang minum petang di meja makan. Mak diorg sedang mabuk-mabuk kepayang akibat mengandung..hek!..

Ok, lepas sahaja terima panggila tu aku melompat-lompat-melonjak-lonjak macam kera termakan cili di depan anak-buah-kesayangan kerana perasaan teruja-gembira-tidak percaya (bukan mau sujud syukur pun…hampeh tul aku kan..) terlalu tinggi tanpa memikirkan kerasionalannya berbuat demikian di depan kanak-kanak di bawah umur (dilarang meniru aksi ini di rumah~).

Anak buah: “Mak cik kenapa?” (dengan muka terkejut)

Aku:”hah?..hmmm..”(hehe..ketawa dalam kemaluan)

Anak buah:Kenapa mak cik lompat-lompat?

Aku:”nanti tiada sudah orang jaga kamu…(muka sedih..)

Anak buah:”mak cik dapat kerja sudah?”

Aku:”Iya…”

Anak buah:……..diam

Hmm…sebenarnya saat aku bagitahu mereka aku dapat kerja aku terlalu ingin menangis. Ya, pertama menangis sebab sedih mahu tinggalkan mereka, they are so adoreable, so cute, so hard to go without them by my side. Almost a year I’ve become their nanny, teacher, and their friend. Huargh..sungguh menyedihakan (ehem…sehinggakan aku terfikir mahu menolak tawaran kerja itu disebabkan sedih meninggalkan mereka). They are so meant to me. Kedua, sebab gembira yang teramat sangat kerana akan menamatakn zaman kegelapan hidupku. Dan di depan akak aku menangis, sebab sedih juga meninggalkan mereka. Iya, mungkin ini rezeki anak yang dikandungkan akak.

Dan, akhirnya aku berjaya mengharungi rasa sedih itu. Aku tinggalkan orang-orang yang ku sayang. Sebenarnya jarak di antara kami tidaklah terlalu jauh dibandingkan semasa aku bekerja di Putrajaya dulu. Tempat kerja sekarang tiap-tiap hujung minggu boleh jumpa (kalau boleh…hihi..).

Apa-apa pun, kamu semua yang teratas dari segalanya.

Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah gembira, sedih, bodoh, lucu berlaku dalam masa 4 bulan ini. Tapi, nanti aku sambung ya…chow cin chow..