Salam…

Diam tak diam 4 bualn blog ini diabaikan. Alahai..kesiannya dia. Cuba untuk berpaling tadah ke rumah baru, tetapi hati tetap pada rumah lama ini. Teringat-ingat padanya.Hahaha..gila!

Banyak perkara yang tidak aku kongsikan bersama di sini. 4 bulan adalah jangka masa yang lama. Lama sangat. Ada beberapa versi cerita sudah lapuk terjadi dalam hidup seharian. Huargh…serius, rindu sama kau blog.

Alhamdulillah, aku sudah berjaya mendapatkan kerja untuk diri sendiri. Jadi, sekarang aku pun bukan pekebun anggur lagi ya. InsyaAllah, kalau diizinkan Allah, adalah ladang anggur (buah anggur yang betul…hihihi..) aku buka nanti. Cari dana dulu..chaiyook ida. Ehemm..meh dengar cerita. Pada 08hb April aku terima panggilan telefon. Masa tu aku tengah sibuk goreng kuih pisang tau..hihi..dengan ditemani radio yang sengaja aku turnup the volume. Gila, syok sendiri masa tu. Anak-anak-buah-kesayangan sedang minum petang di meja makan. Mak diorg sedang mabuk-mabuk kepayang akibat mengandung..hek!..

Ok, lepas sahaja terima panggila tu aku melompat-lompat-melonjak-lonjak macam kera termakan cili di depan anak-buah-kesayangan kerana perasaan teruja-gembira-tidak percaya (bukan mau sujud syukur pun…hampeh tul aku kan..) terlalu tinggi tanpa memikirkan kerasionalannya berbuat demikian di depan kanak-kanak di bawah umur (dilarang meniru aksi ini di rumah~).

Anak buah: “Mak cik kenapa?” (dengan muka terkejut)

Aku:”hah?..hmmm..”(hehe..ketawa dalam kemaluan)

Anak buah:Kenapa mak cik lompat-lompat?

Aku:”nanti tiada sudah orang jaga kamu…(muka sedih..)

Anak buah:”mak cik dapat kerja sudah?”

Aku:”Iya…”

Anak buah:……..diam

Hmm…sebenarnya saat aku bagitahu mereka aku dapat kerja aku terlalu ingin menangis. Ya, pertama menangis sebab sedih mahu tinggalkan mereka, they are so adoreable, so cute, so hard to go without them by my side. Almost a year I’ve become their nanny, teacher, and their friend. Huargh..sungguh menyedihakan (ehem…sehinggakan aku terfikir mahu menolak tawaran kerja itu disebabkan sedih meninggalkan mereka). They are so meant to me. Kedua, sebab gembira yang teramat sangat kerana akan menamatakn zaman kegelapan hidupku. Dan di depan akak aku menangis, sebab sedih juga meninggalkan mereka. Iya, mungkin ini rezeki anak yang dikandungkan akak.

Dan, akhirnya aku berjaya mengharungi rasa sedih itu. Aku tinggalkan orang-orang yang ku sayang. Sebenarnya jarak di antara kami tidaklah terlalu jauh dibandingkan semasa aku bekerja di Putrajaya dulu. Tempat kerja sekarang tiap-tiap hujung minggu boleh jumpa (kalau boleh…hihi..).

Apa-apa pun, kamu semua yang teratas dari segalanya.

Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah gembira, sedih, bodoh, lucu berlaku dalam masa 4 bulan ini. Tapi, nanti aku sambung ya…chow cin chow..