“Da, nampak seksi ka?”. Seorang kawan bertanya dengan aku ketika kami bersiap-siap mahu keluar ke pasaraya. Sambil membebel-belek seluar legging dan t-shirt sendatnya..erk!

“Hmm..bolehlah, nampak ko punya bontot sama getah ‘sepender’..hehe..”(Aku budak jujur!)

“Betul ba?” (buat muka cuak)

“Betullah..”(sambil senyum-senyum. Aku budak jujur!)

“Ah..lantaklah. Suami aku suka kalau aku seksi..”

“Hah?” (Muka terkejut)

“Dia bangga kalau kami keluar aku pakai seksi-seksi. Kalau lelaki lain tengok dia cakap bonus pada diorg..”(Ada riak-riak bangga di wajahnya..Oh..Tuhan)

“Oh…baguslah kalau begitu, dia (ref:suami yang bodoh!) yang berdosa..”(sekali lagi aku budak jujur!)

“Tapi lepas aku bersalin si polan (nama anak beliau..identiti tidak boleh direveal) aku ada rasa sikit malu”

“Ok…”(buat muka tiada perasaan)

Ok, itu adalah satu situasi di mana sang suami menjadi seorang yang bangga bodoh. Sebenarnya aku ini bukanlah alim sesangat. Suam-suam suku adalah. Tetapi bab-bab aurat aku masih ada batasnya. Ehem!

Aku boleh terima bila isteri berpakaian seksi dengan niat untuk dipandang suami sahaja TETAPI biarlah dia hanya memakai pakaian seksi itu di rumah sahaja. Di mana hanya suami dia sahaja yang melihat. Kan?

Maruah isteri adalah maruah sang suami. Kan?

Kecantikan isteri hanya milik sang suami sahaja. Kan?

Tubuh badan isteri itu hanya sang suami sahaja berhak memandang dan menikmatinya. Kan?

Kesimpulannya,  lelaki itu (ref:suami yang bodoh itu) lelaki dan suami yang DAYUS!.

Ya Allah, Engkau berikannlah aku SUAMI yang dapat menjaga maruahku, membimbing aku ke jalan yang diredhaimu, dapat menegurku dikala ku khilaf, disaat aku terpesong dan dimasa aku tertidur alpa melupakanMU.