Dia sering bercerita, biar jodoh datang diutus Tuhan, yakni biar datang dengan sendiri. Aku pun selalu cakap benda yang sama dengan dia. Biarpun kami berdua sedar umur semakin meningkat, bukan muda lagi, serah semuanya pada Yang Esa. Huargh..begitu tulus bunyinya kan? Kata-kata PMT (Perempuan Melayu Terakhir) yang malas mahu bercinta dan mencari jodoh sendiri..hehe..

Dan beberapa minggu kemudian dia bercerita bahawa ada seorang staff nurse senior, satu tempat kerja sama dia tanya no phon, facebook, dah ada boyfriend ke belum dan macam-macam lagi. Rupa-rupanya pertanyaan itu mempunyai maksud tersirat. Dia  berbuat begitu untuk ‘match’ kan dia dengan anaknya. Hehe..al-maklumla dia ni seorang yang jujur. Tidak pandai berbohong (kalau dia menipu nampak dari riak wajahnya..hihi..kedapatan) jadi semualah diberitahu.

Kemudian, dia bercerita lagi, staff nurse senior tersebut inginkan dia menjadi menantu. Apalagi, dia memang seorang yang suci murni, tidak tahu apa-apa, gabra semacam. Jadi, aku sebagai penasihat tidak rasmi (lantik diri sendiri..perasan..) bagilah pelbagai nasihat (macam orang yang banyak pengalaman bercinta dan putus cinta..erk?). Ya, dia pada mulanya memang bermati-matian tidak mahu. Tetapi aku sedarkan dia, bukankan selama ini ‘kami’ (PMT yang pasrah) menunggu cinta yang cari kita, bukan kita yang pergi cari cinta. Mungkin masa kau sudah tiba (ehem, serius sikit, ok) aku nasihatkan dia.

Dan, akhirnya, semua berjalan seperti yang dirancang. Perjanjian telah dimeterai, tarikh telah ditimbang tara, segala persiapan disediakan sebagus mungkin, tinggal sahaja menunggu waktu yang berharga ini.

Tarikh keramat 03, 04 & 05 Jun 2011, akan bersatulah anak adam dan hawa ini. maka akan bertambah berkatlah hubungan mereka. (Huarghh..disaat entri ini ditulis, bergenang-genang air mata..aku kehilangan kawan baik yang single..erk?bodohnya pengakuan itu) Tetapi, sesungguhnya kepada dia aku ucapkan tahniah, aku tumpang bahagia, aku tumpang meraikan tarikh keramat itu.

Sunarteh Ali, berbangga punya kawan seperti kau dunia dan akhirat. Psstt..pas kahwin nanti jangan lupa ku ya. Tetapi, maafkan aku, disaat kau sibuk cari baju nikah, baju sanding, siapkan segala benda untuk hari bahagia kau, aku tiada di sisi, aku sibuk dengan hal aku. Satu pun aku tidak tolong. Maaf ya. Bahkan dihari kau nikah aku tidak dapat datang. Jahatkan aku. Doaku moga semuanya berjalan lancar. Amin. (ehem…mau juga jodoh macam kau..hihi..gedik)