Salam,

Alhamdulillah, sudah jumpa rumah sewa yang lebih selesa, aman, berpatutan dan paling penting di tingkat bawah. Tidak perlu merangkak naik sampai tingkat 5. Rumah sewa sebelum ini tingkat 5, cuba bayangkan (tutup mata dan berfikir ya..) aku pergi kerja jalan kaki sahaja (aku budak tidak mampu beli kereta..harap maklum) sebab sungguhlah dekat dalam 10 minit masa berjalan (see..dekat kan?), jadi aku aku akan turun dari tingkat 5 (ada 80 anak tangga), kemudian berjalan kaki ke kampus, sampai kampus aku kena panjat tangga lagi ke tingkat 4 (emm..aku tak sempat kira berapa anak tangga) di mana terletaknya pejabat aku menginap. Lihat, betapa sihatnya aku, dan serius, betapa sengsaranya kaki aku kan?Kesian dia.

Ok, kembali kepada cerita, sebenarnya aku mahu cerita mengenai rumah baru, rakan rumah baru, jiran baru dan paling penting rakan bilik baru. Pelik. Rakan sebilik aku ini tidak pernah kenal sebelum ini. Jadi, aku tidak tahu bagaimana keadaanya bila kami tinggal bersama. Dia kena layan kemalasan aku, kesukaan aku untuk menyepahkan bilik, ketidakpandaian aku memasak, keawalan ketiduran aku (tidur awal lah..hihi..), apa lagi yang peragai buruk aku?, nanti bila tinggal sebilik dia akan tahu siapalah aku ini.

Tapi, apa-apa pun, berdoa agar semua berjalan lancar, kalau tidak seperti yang diharapkan aku akan mengalah dan cari bilik barulah nampak gayanya..huhu..sebab semuanya dari diri kita sendiri. Blames your self, dont blame others.

Cerita pasal rumah sewa ini, semalam baru aku baca cerita seram mengenai rumah sewa. Cerita budak-budak UiTM Shah Alam, yang ‘ter’ sewa umah di seksyen 2. Rumah yang disewakan pada harga RM50 sebulan tanpa deposit. Cerita sungguh ngeri (psst..mula-mula baca aku tidak percaya sangat, sebab macam tidak real je..kemudian aku lanjutkan pembacaan sehingga tamat, secara automatik aku takut..harhar..) sehingga membawa kepada kematian dua orang rakan mereka. Betul. aku tidak menipu. Aku pergi cari lagi gambar rumah tu, memang nampak haunted la..huargh!!!

Janganlah aku tersalah pilih rumah sewa. Takut. Kawan-kawan juga, lihat, selidik, soal dulu pada tuan kedaung semua perkara yang ingin anda tanya sebelum masuk rumah sewa ya.