Archive for Jun 2011

Cium Bontot Kerusi

Salam,

Terkejut badak bila lihat status pendatang di blog buruk hamba ni naik mencanak, apa yang korang cari dalam ni ye?ingat tak adalah pelawat. Mungkin korang tersesatkan?kan?kan?

Walau apa pun sebabnya hamba ucapkan terima kasih ya. (^_^)…silalah datang lagi..(uweeekkkkk!perasaan ada peminat)

Ok. Kembali kepada topik asal kenapa hamba tulis blog pada malam-malam buta ni. Selalunya sudah hamba tidur. Lappy pun tak buka. Orang cakap kalau cukup tidur boleh buat muka ceria, bersemangat, cantik, gebu..yewww..tipu! semakin malas bangun pagi adalah. Over slept!

Baru balik bagi home tuition dengan budak tadi. Tu yang lambat tidur.

Masalah. Yelah, aku ajar tuisyen matematik. Yang sibudak ni memang lemah sangat dengan subjek nan 1 ni. satu hari dia menangis tak nak tuisyen. Boring dia cakap. What?! aku dah nak naik angin masa tu. Aku penat-penat datang rumah kau semata-mata nak ajar kau, boleh kau cakap macam tu. Huhu…malu ya Rabbi aku cakap. Dahlah dia komplen depan bapa dia. Apa lagi bapa dia cuci dia habis-habisan. hehe..padan muka (senyum dalam hati..jahat kau!). Kesudahannya, belajar sambil tarik hingus. Yay!

Lepas tu aku tanya, “awak nak cikgu ajar macam mana, supaya tak boring?” (dengan penuh perasaan keibuan)

Dia hanya geleng. Waduh..waduh…gawat kalau gini.

Dan tadi, dia komplen lagi, bosan!

Hey!!!!!! tergugat keimanan haku.

Kemudian aku cakap, jadi awak nak cikgu bawa arnab dan kucing, tunjuk dengan awak supaya awak boleh faham formula bahagi, tambah dan tolak?.

Dia terkebil-kebil. Aku pun terjegil-jegil.

Arnab?! kucing?! Arnab?! kucing?!

Mungkin itu yang dipersoalkan dalam otak.

Hah?betul juga kenapa aku nak bawa arnab dan kucing pergi tuisyen. Ah! lantaklah. Aku pun dah bosan. Sampai aku cakap dengan parent dia, susah kalau dia tak minat, tak ada pekdah juga, rugi duit diorang, masa aku, masa budak tu.

Dalam dunia ni mana ada belajar matematik itu seronok. Fun learning yang diura-urakan di sekolah pun tak diguna pakai. Kalau diguna pakai kenapa budak darjah 3 tu operasi tambah tolak pun masih terkial-kial?padahal mak bapa dia bagi masuk sekolah top 10 di KK tu hah. Subjek lain kenapa dia boleh score A, subjek ni pulak gagal teruk.

Siapalah aku ni. Diri sendiri pun dapat result math tak cantik, ada hati nak ajar orang. Aku rasa macam nak cancel je kelas tu. Tak payahlah buat tuisyen kalau pelajar sendiri bosan. Aku pun bosan juga.

Macam mana nak ajar matematik supaya menjadi seronok????

Teringat masa aku darjah 3. Subjek math, adalah subjek kegemaran di samping cikgu yang mengajar yang baik. Cikgu tu selalu peluk bahu aku dalam kelas dan tanya “ni mandi pagi tak?”…huhu..mestilah mandi..apalah cikgu ni…

Kemudian, kalau sesiapa yang tak siap homework atau tak dapat jawab dengan betul, cikgu suruh cium bontot kerusi, cium tiang bendera, atau berdiri atas meja sambil menjunjung kerusi. Seronok tak kalau aku buat pendekatan macam tu?

Dan, aku tak pernah sekali pun buat benda-benda terkutuk tu, sebab aku pandai masa tu…hihi..(riak sekejap..), dan..dan…tau tak, akhirnya kerja takda pekdah cikgu tu dapat dihidu oleh seorang nenek kawan aku. Ya, kawan-aku-hitam-legam-pendek-dan-comot tu selalu tak siap kerja rumah, dah tu melawan, degil dan macam-macam lagi perangai hina dia bawa pergi sekolah…(psssstttt..aku pernah bertumbuk dengan dia tau, aku belasah dia ngan sekaki payung, aku baling dia ngan batu jalan).

Paling sedih, cikgu tu dipindahkan dari sekolah kami. Sedih. Sedih. Sedih sangat. Cikgu kesayangan hamba. Mulai dari hari itu math aku jatuh, aku malas nak belajar, sebab cikgu yang ajar kami sungguh garang. Kemudian naik tingkatan lagi parah. Belajar math macam belajar KOMSAS. Semua baca buku teks. Tak kau…?. Setiap kali kelas math mesti aku tidur..hihi…

Jadi patutkah aku suruh budak tu cium bontot kerusi?supaya lebih seronok belajar math?patutkah?patutkah?patutkah?

Kemudian aku bet dengan budak tu, kalau dia dapat markah math 80% dalam ujian aku belikan pencil case yang cantik..hehe..pandai tak aku gula-gulakn budak hingusan tu?

Dan, tadi berjaya juga dia siapkan latihan yang aku bagi. Bagus ada peningkatan.

Nasib baik kau boleh buat, kalau tak cium toilet bowl lah gamaknya.

La Tahzan

Salam,

Sedang menginsafi sebuah realiti.. (^_^)

Begitulah. ~sigh~

Beginilah. ~sigh~

Macam itulah. ~sigh~

Macam inilah. ~sigh~

Mesti terima walau tidak rela.

Pernah baca satu frasa ini berbunyi

 “Life is game that must be played- Edwin Arlington Robinson”

—> Pakcik, saya pinjam kata-kata pakcik ya!<—

Kalau main game pun aku selalu tak menang apatah lagi the real game. Huh!

Teringat dulu, kalau main zuma selalu kena telan, main zombie VS plant selalu kena makan, main game ikan, finding frenze kah tu..selalu mati. Ish…memang tiada bakat main game.

Kadang-kadang selalu tanya pada diri sendiri, kenapa mesti terjadi dengan aku, kenapa?!kenapa?!kenapa?! sambil dalam hati marah sangat, rasa kecewa, sedih. Padahal main game je pun. Hampeh.

Kemudian, (emmm..kali ini serius, bukan pasal main game lagi ya) cuba perbetulkan diri, muhasabah diri, mungkin ada sesuatu dalam diri yang membuatkan semua itu terjadi pada aku. Ada sesuatu yang orang lain ada aku tiada, kelebihan orang lain yang lebih istimewa dibandingkan dengan aku.

Kalau dibandingkan dari segi fizikal, memang terang benderang tak payah bersuluh lagi aku tetap kalah. Tiada rupa, tidak cantik, tidak manis, tidak gebu, tidak tinggi, emmm..apa lagi ya, tiada sipi-sipi miss Malaysia pun, apatah lagi miss universe.

Dari segi IQ, bolehlah, adalah juga beberapa percent. Masih ada 4M, membaca, menulis, mengira, mengaji (???).

Dari segi bakat, adalah lebih dari 5M, memasak (tuk tekak sendiri), menari (??), menyanyi (bukan ko anti ngn mic ka?), menyepak, merapu, mengumpat (paling expert!), memaki, DLL.

Tak cukupkah tu semua?

Serius, aku teramat down sekarang. Tiada motivasi mahu bekerja. Dulu sebelum dapat kerja bukan main lagi kau nak sangat, sekarang dah dapat macam-macam saja alasan. Tak tahu bersyukur betul!

Kenapa?!kenapa?!kenapa?!kenapa?!

pssttttt…

You have no right to ask when sorrow comes

 “Why did this happen to me?!”

Unless you ask the same question for every moment of happiness that comes your way!

Ya, betul!

Kenapa masa dalam kesusahan baru tanya soalan tu. Semasa senang tak pun tanya. Manusia, manusia.

Ok, insaf. Sekejap. *tears*

Dulu, kalau ada masalah, selalu menangis di tengah-tengah malam, tekup mulut guna bantal. Habis basah lencun bantal dan selimut. Yay!

The truth are life is really simple, but we insist on making it complicated.

Senang-senang pun, ada juga masanya kau rasa susah sangat nak handle, sukar sangat nak atur, berat sangat.

Berhenti merungut. Berhenti bersedih. La Tahzan. Allah bersama orang-orang yang sabar. Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu. Allah ada bersama-sama kamu.

Life is what we make it, always has been, always will be, always….always…

*tears* *tears* *tears* *tears* *tears*

Sampai gila

Salam,

Kadang-kadang rasa macam nak sepak orang kan? Pernah juga terfikir nak maki hamun orang sesuka hati, sampai terbalas sakit hati, dan fikir jahat sangat nak hantar santau, pergi kenakan orang itu.

Tapi, itu kalau nafsu yang beraja di hati, bukan akal.

Subhanallah. Sampai ke situ pula pemikiran awak ye.

Sebenarnya, 2 3 hari ini rasa sensitif sangat. Selalu sangat menahan perasaan ‘kecil hati’ tu. Oh..tidak. Aku bukan sesensitif itu dulu. Paling-paling sensitif pun aku suka menangis, sehingga tengok cerita kartun atau cerita hantu seram pun aku boleh menangis. Bukan. Bukan sensitif sebegitu.

Sensitif dikala umur diambang semakin senja ini lain benar. Macam nak monopus pula dah…hahaha..kuang asam!

Apa perlu dibuat untuk buang perasaan rawan itu beraja di hati ya?

Buat-buat bodoh, nanti dikatakan memang bodoh.

Buat-buat cool nanti bernanah hati, siapa tanggung?

Buat-buat tak kisah, nanti kita betul-betul tidak kena kisahkan orang.

Buat-buat tak tahu, nanti jadi bebal pula.

Jadi?

Berserah, tawaduk terima semuanya dengan fikiran yang positif dan rendah diri?

Redha seolah-olahnya awaklah orang paling baik di jagatraya?

Oh..man, shittttt!!!!WTH!!!Suck!!!

(ehem..tidak boleh memaki dalam bahasa ibunda, buruk!, jadi guna bahasa di atas)

Kalau sekali dua kali tu boleh lagilah berpura-pura. TETAPI, kalau berkali-kali, berhari-hari, sanggupkah kau?

Menangis tidak boleh selesaikan apa-apa. Jangan jadi budak-budak lagilah awak. Orang tengok pun menyampah. Buat drama air mata pulak. Mengarut.

Selagi boleh bertahan, bertahanlah. Selagi boleh berpura-pura, lakukanlah. Sampai kau gila!heh?

Ya, sampai masuk Tanjung Rambutan, Hospital bahagia. Huh!sensitip okeh.

Doakan dia..^_^

Salam,

Pernahkah kamu terima mesej yang akan membuatkan kamu ingin menangis dan terharu. Sudahlah mesej itu diterima pada pukul 2.30 am, di saat hati kita di bawah sedar dan paranormal.

Selepas membaca mesej tu, aku buang telefon di tepi, tapi hati still memikir dan terharu. Oleh kerana rasa ngantuk itu lebih nikmat daripada rasa terharu-dan-rasa-ingin-menangis-meraung, aku abaikan, sehinggalah selepas mandi dan bersiap nak pergi kerja.

Terasa macam mimpi pula, aku fikir, betulkah mesej yang aku baca semalam?terus buka inbox, dan for sure, there it is.

Mesej itu berbunyi…

Akum, terima kasih belanja aku dan tidak berkira dengan aku selama ini…aku terharu, family aku pun tidak begitu, Aku sayang kau, kalau boleh aku mahu jadi sebahagian dari family kau nih, Mak aku pun tidak macam Mak kau. Sentiasa ingat aku. Thanks. 

(mesej ini aku alih bahasa, dari bahasa SMS ke bahasa baku..)

Mesej itu dari seorang kawan. Cerita itu begini, oleh kerana sudah gaji, jadi aku ajak dia makan di luar dan belikan dia sehelai baju. Kebetulan balik dari kampung kelmarin, aku bawakan (emm..merangkap mak aku lah) dia ikan bilis dan udang kering (patutkah dibagitahu?hehe..). Lepas itu, kami outing sehingga nak patah kaki weh..

Nasib kawan aku itu tidak sebaik nasib kita atau aku sendiri. Dia anak yatim-piatu, dia tidak kenal siapa pun mak dan ayah kandung dia sendiri. Dia dibesarkan oleh mak dan ayah angkat nun jauh di Selatan Semenanjung tanah air tetapi sekarang merantau mengikut suami pergi Sabah. Labih malang lagi, dia berkahwin dengan suami orang. Menjadi isteri nombor dua bukan semudah yang kita tengok di tv. Sekian, terima kasih.

Cukuplah.

Sedihkan. Kita doakan dia terima kebahagiaan dalam hidupnya ya. Terharu. Nanti tak berhenti kau nangis kalau aku sambung lagi cerita sedih dia. Biar aku dan dia sahaja berkongsi semua cerita. Cuma, doakan dia ya. Terima kasih.

Jilat ludah sendiri!

Dulu, bukan main lagi, siap buat sumpah laknat dalam masjid, kononnya orang dalam video tersebut sipolan-sipolan. Sudahlah bersumpah atas nama ALLAH, kemudian sambil pegang al-Quran segala, siap buat sidang media lagi, untuk membuktikan yang 3 orang samdol ni betul-betul benar dan tahu segala-galanya. Sebelum sumpah LAKNAT tu, dah dinasihatkan dalam Islam tidak ada digunakan sumpah-sumpah macam itu. Tak nak dengar, biar mereka yang tanggung LAKNAT sendiri dari Allah.

Wah….seronoknya politik dalam negara kita kan?

Waweeeee…sorak ramai-ramai di atas kebodohan mereka-mereka yang mempermainkan hukum Tuhan, buat undang-undang sendiri, membelakangkan syariah.

Horeeeeyyyy…tepuk ramai-ramai, sekarang mereka-mereka yan kononnya alim dan sudah taubat itu menjilat air ludah sendiri. Betapa hinanya mereka.

Jijik. Betapa tidak bertamadunnya mereka.

……………………………………………………………………………………………….

 Salam,

Beremosi sambil menulis entri.

Meluat sebenarnya.

Ok, malam semua.

(Boleh jadi pengkritik kah ni?)..hihi…

Buku-buku

Ganti nama diri, saya, kali ini:

 

Masuk kelas tadi.

Bunyi kucing. Bunyi anjing.

Kemudian saya tanya dengan pelajar.

“Ada kucing dengan anjing ke dalam kelas ni?”

“Ada miss, sedang mengawan,”

“Hah?!”

“Nanti anaknya jadi Kunjing,”

“Gila!”

haha..lawak pagi. Maaf kalau ia menyentuh sensitiviti kamu. Saja dijadikan intro entri kali ini. Modus operandinya saya kurang pasti. Jadi sila abaikan, terus baca entri sebenar di bawah.

 

Salam,

Kali ini cerita akademik sikit, mengenai buku. Tentang habit membaca dalam kalangan kita. Saya kongsi bersama buku-buku yang masih, belum, sedang dan telah diterokai.

Sehingga hari ini, masih membaca buku Chicken Soup for the Soul, Count Your Blessing, novel yang tersangatlah comel.

Sinopsis:

This follow-on book to Tough Times, Tough People continues Chicken Soup for the Soul’s focus on inspiration and hope in these difficult times. These inspirational stories remind us that each day holds something to be thankful for — whether it is having the sun shine or having food on the table. Power outages and storms, health scares and illnesses, job woes and financial insecurities, housing  challenges and family worries test us all. But there is always a silver lining. The simple pleasures of family, home, health, and inexpensive good times are described. These stories of optimism, faith, and strength will make a great start to 2010.

Saya masih aktif membaca biar pun sedang sibuk melayan anak-anak bangsa menimba ilmu di kolej.

Tetapi…sebuah novel yang masih belum habis diteroka ialah, Eat, Pray, Love karya si Elizabeth Gilbert,

Sinopsis buku:

One Woman’s Search for Everything Across Italy, India and Indonesia

 

Dan sampai sekarang saya masih mencari buku ini As If I’m Not There, Slavenka Drakulic, sesiapa yang ada maklumat tolong hello-hello dengan saya ya.

Sinopsis:

S. is a teacher in a Bosnian village. When war breaks out, a Serb soldier removes her to a camp where the women are systematically raped. When she is freed she is pregnant but realises that the child may be a reason for hope.

 

Ijazah Sarjana ‘Tua’

Salam,

2 tahun lalu, begini juga terjadi. Susah betul mahu cari topik buat tesis. Itu amik Ijazah Sarjana Muda. Baca entri di sini.

Kali ini, nak amik Ijazah Sarjan Tua pun, begitu juga terjadi. Tak tahu nak pilih tajuk apa untuk penyelidikan. Tetap amik journalism field.

Dasar ketuaaan sudah menguasai diri..hihi..nauzubillah, i’m still young, forever!

Tolong, nasib baik ambik intake bulan Mac next year. Kalau amik kemasukan bulan Julai ni alamatnya mati katak uruskan semuanya.

Doakan saya berjaya berfikir untuk tajuk proposal saya ya.

Wah..tetiba berhati mulia di situ. (^_^)….

Ya Allah!, permudahkan segala urusan hamba -Mu ini di jalan kebaikan. Engkau rahmatilah hamba, Engaku kasihi dan kasihanilah hamba, Engkau lancarkanlah segala urusan hamba. AMIN!

Amin!

Amin!

Amin!

Amin!

Amin!

Amin!

Amin!

Erk! bukan si Amin yang saya panggil ok. Terus teringat Amin Naim.

Ok, Chow!