Salam,

Tidak suka bila perasaan cemburu, sakit hati dan rasa marah yang terpendam itu ada pada aku. Sudahlah pagi-pagi lagi bertapa..hishhh..susah mahu buat kerja. Asyik mahu menangis agar semua rasa itu terluah. Tidak suka!

Syuhh! pergi jauh-jauh. Aku tidak suka kau!

Cuba juga untuk menjadi rasional mungkin, berpura-pura perasaan ini bukan ada apa-apa, tidak memberikan emosi, tidak mengharu-birukan suasana, tetapi, bukan seperti yang dijangka. Duniaku menjadi tunggang langgang. Pergilah!

Huh!

Cuba juga untuk berbuat seperti tiada apa-apa, berinteraksi dengan  kawan-kawan seperti biasa. Tapi tetap tidak menjadi. Bencinya. ya Allah! tolonglah. Rasa itu bukan rasa aku.