Meremang bulu roma bila dengan tangisan dia. Sungguh, rasa macam mahu lari dapatkan dia dan peluk dia kuat-kuat. Meruntun hati wanita. Huhu…sudahlah mengandung, kena buat lagi begitu. (Statement ini memihak pada perempuan…hehe..)

Tiba-tiba.

Salam,

Sedih sangat. Kenapa jarang sangat jumpa lelaki yang baik, penyabar, bertoleransi dan sifat-sifat mulia lain?Takutnya fikir pasal kahwin, bila teladan yang ditunjukkan suami isteri jiran rumah aku ni meng’scary’kan. Huh! sumpah macam tak nak kawin weiiii…..(tapi mahu…:)

Tadi, balik saja dari kerja, aku mendengar lagi sebabak drama suami isteri ok. Perkataan ‘lagi’ itu bermaksud perkara sama yang pernah berlaku dan berulang. Mula-mula dengar bunyi ketukan kuat di daun pintu. Dalam hati berkat ‘sah, macam bergaduh saja ni…’. Kemudian terdengar kaki berlari-lari. Ewwww..rupanya si suami mengejar isteri yang berlari ke dapur untuk mengambil pisau.

“Lepaslah!….” Suami

“Biarlah aku mati, ko bukan percaya aku..” isteri

“Lepas….”Nada suara si suami sudah lembut

“Aku bukan bini kau juga, baik aku mati saja, senang hati ko..”Kata isteri sambil menangis.

Rupa-rupanya, apa? sila ikuti dialog di bawah kenapa suami suruh lepas pisau tu.

“Lepaslah pu%*&# (sesumpah)..tangan aku sakit!!!” WTH..

Dia suh isteri dia lepas pisau sebab tangan dia kut sakit sebab berebut benda tu. Erk!

(Sebenarnya, tidak nampak ‘video’, sebab dengar ‘audio’ saja. Siapa berani keluar bilik dan mencuba untuk menenangkan suami isteri yang bergaduh, silap-silap tarikh kita yang mati, jadi dengar skrip dari bilik jakla..hihi…)

Lepas adegan percubaan bunuh diri, lari masuk bilik dan babak membaling barang berlaku. PRANGGGG! PRENGGG! GEDEBOK! DOOOOOMMMM! (emm..ini bunyi apa ya?). Dengan skrip yang lebih pilu dari isteri.

“Aku benci kau!”

“Aku benci D&^%$ (nama suami)..”

“Jangan peduli aku lagi…ko bukan sayang aku”

“Ko cakap aku penipu, kau nda sayang aku lagi”

“Bla….bla….bla….”

Dan aku pun semakin seram sebab diorang berperang mulut. Bising. Ambil earphone, sumbat telingan, pasang musik kuat-kuat sampai macam nak pecah gegendang. Wallahualam..masa sumbat earphone tu azan maghrib berkumandang. Ada juga kena sambar petir ni nanti. Nauzubillah.

Habis.

Konklusi buat sendiri.

Kawin itu sebenarnya untuk apa?