Salam,

Mata sebelah kiri bergerak. Rimas. Hati rasa tidak sedap dan berdebar-debar. Apa tandanya ya? Semoga tiada apa-apa yang buruk berlaku. Ya Allah! jauhkanlah, aku mohon pada-Mu.

Orang tua cakap, itu tanda kita nak menangis, tapi tidak pasti samada menangis sebab perkara buruk atau sebaliknya. Huhu…harap-harap semuanya perkara baik-baik yang berlaku. Amin.

Kemudian pergi google, dan ini lah jawapannya, kredit untuk link ini.

Jawapan orang tua-tua:

  • Kelopak mata sebelah kanan bahagian atas – nak tengok / akan berjumpa orang jauh atau lama terpisah atau akan mendapat berita baik

 

  • Kelopak mata sebelah kanan bahagian bawah – akan mendapat berita gembira

 

  • Kelopak mata sebelah kiri bahagian atas – seseorang yang jauh atau lama terpisah teringin nak jumpa kita

 

  • Kelopak mata sebelah kiri bahagian bawah – akan menangis (akibat berita kurang baik / musibah)

Dan, ini untuk anggota badan lain yang bergerak…hihi..sekadar rujukan, terpulang mahu percaya atau sebaliknya…:0

  • Kelopak mata kanan bergerak = beroleh keamanan


  • Kelopak mata kiri bergerak = melihat perempuan


  • Kelopak mata kiri ke atas bergerak = ada orang akan berjalan jauh


  • Kelopak mata kiri dibawah bergerak = hendak menangis


  • Ekor mata kanan bergerak = menerima kedatangan orang jauh


  • Ekor mata kiri bergerak-gerak = mendapat sedikit kepayahan


  • Biji mata kanan bergerak-gerak = akan menangis dalam bercinta


  • Biji mata kiri bergerak-gerak = gembira di hati


  • Ubun bergerak = berbahagia pada hari tersebut


  • Kening kiri bergerak-gerak = beroleh kelapangan


  • Bibir bawah bergerak = akan menangis


  • Waktu subuh kepala kita bergerak = beroleh kerja yang baik


  • Siku kanan bergerak-gerak = beroleh kebahagiaan.


  • Siku kiri bergerak-gerak = orang yang mengasihi kita akan datang


  • Pelipis telinga bergerak = alami kebahagiaan


  • Telinga bergerak-gerak = berkelahi


  • Kepala bergerak = ada orang menyakiti hati kita


  • Kepala bergerak ke kiri = beroleh kebesaran


  • Bahu kanan bergerak-gerak = harta hendak datang


  • Bahu kiri bergerak-gerak = bakal berjumpa pembesar/ketua


  • Lengan kanan bergerak-gerak = akan sakit kepala


  • Lengan kiri bergerak-gerak = beroleh harta


  • Pipi kanan bergerak-gerak = alamat sakit mata


  • Pipi kiri bergerak-gerak = sentiasa bahagia