Salam,

Sedang mengunyah CadburyByets..:)

Hitung-hitung hanya ada 13 ketul je isinya di dalam dan dijual dengan harga RM1.20.

 

Heh! bermaksud 0.10 sen seketul. Ah! lupakan, kalau sudah suka, mahal pun mesti beli..(:

Sambil mengunyah, sambil tengok video Enrique Iglesias. Penyanyi kesayangan hamba. Enrique (Enrikay) aku kenal (macam geng keras pula..haha..)semasa zaman-zaman aku ‘muda’ lagi. Lagu paling best ialah ‘Dont Turn Off The Light’..awesome! Rasa macam nak kunyah-kunyah macam aku kunyah Bytes..hehe..paling menarik mata dia yang me’melting’kan aku. Pandangan matanya buat setiap wanita terpesona. Wah…bukan main lagi kau!

Even almost his music video ada sesuatu yang boleh di’sensor’ kan, tapi, amik apa yang baik saja. Antara lain lagunya yang best Bailamos, Do You Know and Escape.

Mari skrol ke bawah. Tengok si HOT dalam pelbagi versi.

 
 
 
 
 Nama si handsome ni ialah Enrique Iglesias Preysler, lahir pada  08 May 1975, di Madrid, Sepanyol, beliau adalah Spanish n partial Filipino (mom’s side). Album pertama yang mencipta namanya dipersada dunia (cehh..lebih-lebih…) dilahirkan pada tahun 1995 yang mneggunakan nama sendiri (syok..sendiri…) dan telah laku dijual 500 000 dalam seminggu..wow….dan setakat ini telah menerbitakan 8 buah album. Selain penyanyi, penulis lirik Enrikay juga pelakon tau, pernah berlakon bersama Antonio Banderas, Salma Hayek dan Jhonny Depp. Oppsss..boleh jadi wartawan hiburan sudah ni..hehe..sudahlah, nanti kamu jatuh hati dengan hero hamba ni pulak..
 

dan ini kenyataan tidak boleh digunapakai oleh pemuja rahasia yang taksub dengan artis pujaan

  • walaupun kebanyakan semua video muzik Enrikay ni wajib disensor kalau masuk dipasaran tempatan dan ketegori berbaur kemaksiatan. (macam video muzik kontroversi tempatan prodeuced by Gambit-Prema Yin, marilah)..tetapi..

Dalam kes ini, kita ambil contoh Cadbury Bytes, biarpun mahal kena beli juga sebab ketagih nak makan dan sedap, kenapa tidak aplikasikan kes Enrikay ni macam tu, kena tengok juga video tu sebab suara dia sedap, lagu sedap dan dia hansem…huhu..

 
 Heh! boleh terima ke DOH? (DOH…short for Bo….)
Kalau bapa aku tahu, abislah..huhu..ampun..I Luv You Enrikay…(:
 
 adiossss…