Salam,

Serius sakit hati. Terasa sangat. Huhu..terus down. Oh….Ya Allah!

Entahlah, aku tak pernah rasa begini kalau orang lain yang cakap dan buat, tetapi kalau dia, senang saja. Ghost!!!!! Benci sangat. Rasa macam mau santau je dia tu, pastu hantar ‘orang’ kucar-kacirkan hidupnya. Huarghhh…jahatnya fikiran.

Dengar sini, aku ini tidaklah sejahat, sekejam, sekeji, sehina kawan sebegitu. Aku punya perasaan. Rasa hormat, kasih dan toleransi itu masih lagi aku titikberatkan.

KAU, kalau kau tidak ada rasa hormat sekalipun dengan aku, aku masih, ya masih boleh ada rasa hormat dengan kau. Aku masih boleh bersemuka dengan kau, rasa sakit dan benci akan aku buang jauh-jauh. Manusia, aku tahu selalu buat silap. Kau dimaafkan.

Hehe..melankolik betul ayat. Tak apa kali ini aku buat-buat tak tahu, buat-buat kau tak pernah rosakkan hati aku, buat-buat kau tu baik macam ‘malaikat’, tapi selepas kali ini, jangan harap.

Ok. Pedulikan entri sakit hati di atas.