Salam,

Sepintas lalu hari ini ialah:

UNIFIL puji 10 serikandi ATM laksana misi pengaman PBB di Lubnan

TIADA siapa boleh mempertikaikan kemampuan wanita dalam pelbagai bidang, malah sumbangan mereka dalam bidang ketenteraan juga turut diperakui banyak pihak. Bukan saja berkhidmat menjaga keamanan dalam negara, keupayaan wanita turut diuji apabila pembabitan Kontinjen Malaysia bertugas di bawah panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) turut menyenaraikan pegawai dan anggota wanita Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Baca lanjut di sini.

Kerajaan agihkan wang ehsan RM4.7 juta galakkan karya lebih bermutu

SERAMAI 11 pembikin filem menerima wang ehsan kerajaan berjumlah lebih RM4.7 juta sempena Malam Penghargaan Industri Perfileman yang berlangsung kelmarin. Wang berkenaan disampaikan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim.

Bantuan Khas Produksi Perfileman itu diberikan kepada kesemua 29 filem yang diterbitkan tahun lalu bagi memberi galakan kepada produser berkuat kuasa Julai ini.

“Apa yang harus kerajaan bantu, kita akan cuba bantu. Dana Pinjaman bernilai RM50 juta sudah berakhir. Dana sebanyak RM200 juta juga sudah hampir habis. Penerbitan filem pula, kian lama kian meningkat. Pada 2008 sebanyak RM 44 juta kutipan diperolehi, tahun 2009 meningkat kepada RM 50 juta, tahun lalu melonjak lagi sehingga RM 86 juta.

“Produser kita juga semakin bijak menghasilkan filem yang bagus dan menarik perhatian generasi yang ditumpukan, seperti KL Gangster yang sudah pun memungut RM 8 juta (selepas seminggu tayangan). Oleh itu, apabila wang duti hiburan diberhentikan, ia tentunya menyukarkan produser. Jadi wang ehsan ini diwujudkan supaya mereka boleh menghasilkan lebih banyak karya terbaik,” kata Rais. Baca lanjut di sini.

Graduan belum kerja disaran sertai SL1M

PUTRAJAYA: Graduan yang belum mendapat pekerjaan selepas enam bulan menamatkan pengajian harus merebut peluang menyertai program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) yang akan bermula Julai ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata fasa kedua pula akan membabitkan 5,000 lagi graduan dengan sasaran lebih banyak pemain industri dari GLC.

Program itu dijangka dapat mengurangkan kadar pengangguran graduan selepas mereka tamat pengajian yang berjumlah 20,000 orang pada 2010.

Fasa pertama program SL1M membabitkan Bank Negara Malaysia (BNM) dan 25 buah GLC adalah bagi penyertaan 3,000 graduan yang akan dibayar elaun RM1,000 sebulan.

Graduan yang berminat boleh melayari laman web SL1M di http://www.epu.gov.my/sl1m. – BERNAMA. Baca berita penuh di sini.

Penganjur diberi amaran keras

KUALA LUMPUR: Penganjur dan peserta Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) perlu bertanggungjawab atas sebarang kesan yang berlaku kepada negara dan impak perbuatan mereka kepada rakyat secara keseluruhan hasil perbuatan mengadakan perhimpunan besar-besaran di ibu negara, Kuching dan Kota Kinabalu pada 9 Julai ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata mereka perlu memikir semasak-masak tindakan itu yang jelas menyalahi undang-undang negara kerana tidak mendapat permit dari pihak berkuasa.

“Polis tidak keluarkan permit kerana banyak aduan diterima ia boleh mencetuskan keadaan tidak selamat, ikut undang-undang negara, kalau buat sesuatu tidak ada permit, bermakna gerakan haram, menyalahi undang-undang. Baca berita penuh di sini.

 Okey, itu sahaja, selamat membaca!