Salam,

Hari ini cuba-cuba pakai spec pergi kelas. Selalunya, lense yang bertempek di biji mata. Sian mata, penat. Tuan badan pun penat juga, amik masa nak masukkan dalam biji mata tiap-tiap pagi. Dan, mahu tahu, mahu tahu tak?bila bertembung pelajar ada yang cakap cute, “kenapa miss nampak cute hari ni?”..huargh (berdarah hidung keterujaan)..syukur nak, ada juga orang cakap kau kiut, kan?hehe..

Sebenarnya, aku dan spec mempunyai perhubungan yang akrab, di mana ada ‘dia’ di situlah ada aku. Teringat kali pertama disahkan rabun oleh doktor ialah semasa tingkatan 5. Aku menangis ok. Kawan-kawan pelik, kenapa aku ber’reaksi sebegitu.

Bagi aku mata adalah segalanya. Automatik terlintas difikiran, aku tidak boleh memandang benda-benda yang indah lagi secara langsung, tidak dapat tengok muka guru-guru kesayangan di depan kelas, tidak boleh melihat subtitle di tv tanpa menempekkan muka di kaca tv, tidak boleh baca buku dalam gelap (perkara yang selalu amalkan), tak boleh kissing someone tanpa membuka spec, kacau! Huhu…tapi itu dulu.

Sekarang aku bersyukur sangat-sangat (ehem..kadang suam-suam kuku je). Mata rabun inilah membuatkan aku kurang berdosa, kalau di KTM, stesen bas, shopping complex ada sesuatu kemaksiatan sedang berlaku aku boleh pilih samada mahu tengok atau tidak. Kalau mahu tengok terserah pakai spec selamanya, kalau meluat dan tak hingin tengok buka spec buat-buat tak nampak insan hina itu (weh..lebih-lebih).

Ok, mari tengok spec yang pernah aku guna. Aku mula memakai spec semenjak berumur 19 tahun, sebelum itu masih menafikan dan tidak dapat terima kenyataan bahawasanya aku rabun. Setakat ini sudah ada 5 biji spec aku guna, hanya 3 gambar saja berjaya dirakam, yang 2 tu tak sempat nak dimemorikan dah hancur aku smack down. Seorang pengganas spec.

Spec pada tahun 2009

 
 

Spec tahun 2009, 2010, 2011, kaca disebelah kanan tu sudah sumbing, terjatuh di atas simen, dan senget!hehe..

 
 

Terbaru..ya..baru sangat dalam 2 minggu, BESAR! mahu ikut trend sekarang kononnya, tapi pelik, lucu dan hodoh..spec 2011...

Kalau ikut hati mahu cuba pelbagai spec, pelbagai warna dan bentuk. Tetapi asal saja masuk kedai spec kolor merah juga menjadi pilihan. Huhu..

Spec pertama aku buat mula-mula masuk universiti dengan harga RM400+, aku pun tak tahu kenapa begitu mahal. First time buat spec jadi kena auta oleh penjual. Tak silap aku buat dekat Optical England. Frameless style. Kolor putih. Tak sampai pakai setahun, macam-macam sudah aku buat, terpijak, terduduk, tertendang, tersmack down dengan lutut, senget benget ya Rabbi spec tu. Lagipun mula-mula pakai spec tak berapa selesa, guna semasa menghadiri kuliah saja, dan waktu biasa rela mengerutkan kening, sepetkan mata untuk fokuskan kornea pada sesuatu yang dilihat. (realitinya begitula sirabun, anda boleh kenal)

Spec kedua, bila spec pertama tidak boleh diluruskan lagi, orang kedai spec pun taubat tak mahu betulkan, ok aku buat frameless juga, color merah, kaca ada gray sikit-sikit. Juga buat di Optical England. Yang ini paling kasihan nasibnya, baru dalam 3 bulan, aku tersmack down dengan kepala lutut. Bersepah. Bersepai. Berderai. Huargh..melalak macam orang gila weh. Sadis, kaca hancur, tinggal duat batang spec tu saja. Bayangkan, ganas tak ganasnya aku.

Selepas itu aku menjadi seorang yang bolehlah, bolehlah jaga barang sikit. Tapi tengok spec 2010 tu pun sumbing macam kena gigit tikus. Hari pertama aku pakai sudah pecah tepi sebab terjatuh atas lantai surau. Nasib murah. Aku buat dalam Rm180+, buat masa ada pesta konvo u, tak tahu apa nama kedainya, spec kolor biru 2009 tu mahal sikit dalam RM300+ buat di kedia Focus Point, dan yang terbaru ni RM200 buat di kedai Opticsl Point.

Ok, that’s it. Mari bergaya dengan spec baru..Yeww!. I love you but I hate you.

Semua saiz spec aku saiz budak tau, around saiz kepala budak-budak , 45, 46…tapi selesa, tak sempit pun..