Salam,

Ini antara berita yang menraik perhatian, lebih-lebih lagi berita mengenai pembantu rumah dapat diploma, huargh!! macam mau meraung bila tengok CGPA dia dapat. So jelous dear…(-_-). Paling geram pasal sumbang mahram, hukum bunuh saja penjenayah tu. Asal ringan betul hukumannya, sah, akhir zaman!.  

Pembantu rumah lulus diploma OUM

Warga Indonesia belajar separuh masa dapat CGPA 3.39

KUALA LUMPUR: Warga Indonesia, Sarmini Muhyadi, 28, yang bekerja sebagai pembantu rumah sejak tujuh tahun lalu bersama sebuah keluarga di Damansara Utama di sini, berjaya menamatkan pengajian bidang pengurusan secara separuh masa di Universiti Terbuka Malaysia (OUM) hujung tahun lalu.

 Anak kelahiran Kampung Banyumas, Jawa Tengah itu yang memperoleh mata purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.39 akan menerima Diploma Pengurusan pada hari ketiga Konvokesyen ke-10 OUM di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), hari ini.
 
 
KOTA BHARU: Seorang ayah dihukum penjara setahun enam bulan dan denda RM2,500, manakala anak perempuannya didenda RM2,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam selepas mengaku salah bersekedudukan sehingga mempunyai tiga anak.

Hakim Syarie Abu Bakar Abdullah Kutty dalam penghakimannya turut mengeluarkan perintah supaya anak beranak itu tidak tinggal bersama dalam sebuah rumah untuk selamanya bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

 
Lelaki berusia 45 tahun dari Tumpat yang bekerja sendiri itu turut berdepan tambahan penjara enam bulan jika gagal membayar denda.
 
 
Kesatuan mahu skim bayaran tiga baris dikaji semula

KOTA BHARU: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) meminta kerajaan supaya membayar insentif atau bayaran khas kepada guru yang memiliki kepakaran dan sanggup melakukan kerja tambahan di sekolah.

 
Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng, berkata pada dasarnya, kira-kira 17,000 ahli NUTP sentiasa bersedia dengan beban kerja tambahan yang terpaksa dilakukan di sekolah bagi memastikan proses pembelajaran dan pengajaran (P&P) berjalan lancar.  
 
YAN: Polis dengan kerjasama Jabatan Perdana Menteri sedang menjalankan siasatan dan memantau semua sekolah agama di seluruh negara berikutan kebimbangan penularan pengaruh Jemaah Islamiah (JI) yang boleh menggugat keamanan negara.

Walaupun tidak membabitkan sekolah agama secara langsung, dipercayai ada kelompok tertentu berpengaruh sama ada sebagai tenaga pengajar atau kakitangan sekolah yang cuba menyebarkan fahaman JI di kalangan pelajar.

 

Bercakap selepas menyerahkan cek bantuan kepada Sekolah Menengah Agama Saadah Al-Diniah Sungai Limau Dalam, di sini, semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata pihaknya bekerjasama dengan polis mengenai perkara itu dan memantau pergerakan setiap sekolah berkenaan untuk memastikan pengaruh JI tidak menembusi negara ini.

 
 
Ok, itu saja. Selamat membaca!