Salam,

Apa yang menarik hari ini ya?Let’s check it out…sumber Berita Harian Online.

Lambakan lelaki di Pahang

Ketidakseimbangan nisbah bilangan jantina beri implikasi negatif

KUANTAN: Nisbah bilangan jantina yang tidak seimbang di beberapa negeri, termasuk Pahang sehingga menimbulkan fenomena ‘marriage squeeze’, iaitu kekurangan bilangan penduduk dalam kumpulan usia perkahwinan tertentu untuk dijadikan pasangan hidup.

Laporan itu juga menunjukkan bilangan lelaki dalam usia perkahwinan, iaitu 20 hingga 34 tahun ialah 198,600 orang, lebih ramai berbanding 188,900 wanita manakala nisbah 113 lelaki berbanding 100 wanita pada 2010 bagi Pahang, melebihi paras nasional, iaitu 105 lelaki berbanding 100 wanita.

Ketua Pengarah  LPPKN, Datuk Aminah Abdul Rahman, berkata ketidakseimbangan nisbah bilangan lelaki dan wanita di Pahang jika dibiarkan akan memberi implikasi dari segi persaingan lelaki untuk mendapatkan pasangan hidup.

Pelatih salun kecantikan enggan rujuk diserangKOTA BHARU: Seorang
wanita berdepan detik cemas apabila diserang dengan gunting sehingga cedera di kepala, leher dan muka oleh bekas suaminya di tempat letak kenderaan di sebuah pasar raya di bandar ini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, mangsa, pelatih salun kecantikan, Hazita Mohamad, 28, yang berasal dari Tumpat berkunjung ke pasar raya itu untuk membeli barang keperluan sa-lun.

Keengganan merujuk kembali kepada suspek menjadi punca motif kejadian berlaku. Wanita berkenaan mengalami kecederaan parah tetapi stabil dan kini menerima rawatan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

Berasaskan Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keempat dan Penemuan Awal Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), menunjukkan bilangan lelaki di negeri terbabit lebih ramai berbanding wanita.

Orang ramai bantah perarakan 9 Julai

KUALA LUMPUR: Tindakan kumpulan pengacau yang ingin mengadakan perarakan 9 Julai
ini bertujuan mencemarkan imej Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) serta menjatuhkan maruah ribuan petugas pilihan raya yang sentiasa berusaha memastikan proses pilihan raya sentiasa telus.

Orang ramai berpendapat perhimpunan diketuai Datuk Ambiga Sreenevasan tidak perlu diadakan kerana kuasa menentukan parti yang layak menerajui negara terletak di tangan pengundi.

Maahad nafi rekrut pelajar guna ideologi JI

KUALA PILAH: Ahli Jawatankuasa Madrasah Ittiba Us Sunnah di Kampung Parit di sini, menafikan mereka merekrut pelajar dengan ideologi Jemaah Islamiah (JI) untuk menentang kerajaan, seperti dilaporkan sebuah akhbar tempatan semalam.

Setiausaha madrasah berkenaan, Hazman Hashim, berkata laporan akhbar itu yang turut memaparkan gambar bangunan madrasah berusia 54 tahun itu bersifat fitnah dan langsung tidak menggambarkan keadaan sebenarnya.

“Kami hanya memberi kelas bimbingan terjemahan al-Quran kepada warga tua beberapa hari seminggu bergantung kepada keadaan, malah tiada pelajar lelaki berusia 18 tahun seperti didakwa dalam laporan akhbar itu menyertai kelas yang diadakan selepas solat Maghrib,” katanya pada sidang media di madrasah itu di sini, semalam.

Selamat membaca semua!