Salam,

Pernah baca buku motivasi baru-baru ini, yang membuatkan badan kita lemah adalah kerana terlau banyak makan, banyak tidur, banyak bercakap dan banyak buat jimak.

Betulkah?. Kemudian aku google mencari. Jadi jumpa blog ni, jadi minta izin ‘copy’ ya..

Rasulullah SallAllahualaihi wasallam juga bersabda : Bukanlah dia seorang mukmin (jika) dia suka menuduh, suka melaknat, bercakap kotor dan keji.(Riwayat at-Tirmizi).

Pesan Rasulullah sallAllahualaihi wasallam: Sesiapa yang banyak bercakap banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya banyaklah dosanya dan sesiapa yang banyak dosanya, api Nerakalah paling layak untuknya.(Diriwayatkan oleh Baihaqi.)

Kemudian aku baca lagi..

Imam Nawawi ketika membicarakan hal yang sama berkata, ketahuilah, seseorang mukalaf itu sewajarnya menjaga lidahnya daripada sebarang percakapan kecuali percakapan yang menghasilkan kebaikan.

Kemudian ada lagi..

Rasulullah sallAllahualaihi wasallam ditanya mengenai kelakuan yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam Syurga. Jawab Baginda: Taqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan keindahan akhlak. Ketika Baginda ditanya apakah yang paling banyak memasukkan seseorang ke dalam Neraka? Baginda menjawab: Kejahatan mulut dan kemaluan. Sabda Rasulullah sallAllahualaihi wasallam lagi: Sesiapa mengawal lidahnya (daripada memperkatakan kehormatan orang), maka Allah akan menutup kecelaannya (hal yang memalukan). Sesiapa yang menahan kemarahannya, Allah akan melindunginya daripada seksaan-Nya. Dan sesiapa yang meminta kelonggarannya kepada Allah, maka Allah akan menerima permintaan kelonggarannya. (Hadis riwayat Ibnu Abib-Dunya.)

Ok, cukup?

Aku dedicate entri kali ini kepada sesiapa yang terlalu banyak bercakap. tak kisahlah dia banyak bercakap perkara apa, yang membuatkan telinga aku bernanah mendengar. Hihi..

Adiosss..amik pengajaran sekalian.