Salam,

Belum baca berita lagi. Datang ofis terus buka Facebook..ngehngeh..konon mahu baca Berita Harian Online, tetapi jumpa satu article yang diupload oleh teman FB mengenai pencarian jodoh.

“KalaU Nak Bidadari, Tunggu Di Syurga Nanti..”

Sebenarnya itu bukan tajuk untuk mengajak manusia membuat kebaikan, tetapi satu kenyataan berbentuk sindiran kepada lelaki yang terlalu memilih calon isteri. Mahu tahu cerita lanjut sila ke sini, mohon share ya Ustaz, syukran!.

Realiti, lelaki tetap memilih perempuan yang ada package yang nampak secara luaran untuk buat isteri. Contohnya, cerah melepak, mulus, cantik, lemah lembut, ada pelajaran DLL yang positif.

Serius, kalau perempuan (bercakap bagi diri sendiri), mereka hanya mencari suami melihat pada aspek sifatnya seperti bertanggungjawab, beriman, berkepimpinan, DLL yang positif untuk keluarga.

Betul?

Ok. Tak tahu buktinya di mana. Tetapi melalui pemerhatian. Wah macam hidup 50 tahun sudah kau ya. Boleh buat research master untuk Sains Sosial sudah. Hihi..

Ayat dari kawan-kawan: (bila sesi mengumpat)

“Lelaki ni, biar diorg jahat macam mana, kaki clubing, tukar pempuan sana-sini, last-last pi cari bini yang lain juga. Sapa nak pempuan yang yang sudah diangkut sana-sini.”

Emmmmm?

Ayat Mak aku: (bila aku duduk ‘berkangkang’ dan ketawa kuat-kuat)

“Elok-elok skit perangai tu, nanti tiada laki nak ambil wat isteri”

Haaaaaaa?

Ayat kakak aku: (bila aku keluar rumah tak pakai bedak atau make-up, dan fesyen aku t-shirt n jeans, xda baju ladies)

“Cubalah pakai baju ladies skit, pakai bedak, make-up, baru lelaki pandang.”

ewwwww????

Ayat dalam majalah:

“Lelaki mana yang tidak inginkan seorang perempuan yang sejati, yang masih memiliki ciri-ciri kemelayuan, kelembutan, ketatatertib-an sebagai wanita Timur, sopan, beragama dan pandai mencuri hati lelaki mereka untuk dijadikan permaisuri mahligai mereka?”

Kannnnnn???

Ayat dalam TV:

“Perempuan yang menarik, cantik, cerah dan mempunyai kulit yang mulus akan menjadi tumpuan para lelaki yang sedang mencari suri hidup mereka, jadi gunalah produk kami ……….. untuk menjerat dan memikat hati lelaki idaman anda.”

Seeeeee????

Nah, betulkan kalian. Kalau salah haraf maaf wahai para jejaka di luar sana.

Chow….(^_^)