Dulu, bukan main lagi, siap buat sumpah laknat dalam masjid, kononnya orang dalam video tersebut sipolan-sipolan. Sudahlah bersumpah atas nama ALLAH, kemudian sambil pegang al-Quran segala, siap buat sidang media lagi, untuk membuktikan yang 3 orang samdol ni betul-betul benar dan tahu segala-galanya. Sebelum sumpah LAKNAT tu, dah dinasihatkan dalam Islam tidak ada digunakan sumpah-sumpah macam itu. Tak nak dengar, biar mereka yang tanggung LAKNAT sendiri dari Allah.

Wah….seronoknya politik dalam negara kita kan?

Waweeeee…sorak ramai-ramai di atas kebodohan mereka-mereka yang mempermainkan hukum Tuhan, buat undang-undang sendiri, membelakangkan syariah.

Horeeeeyyyy…tepuk ramai-ramai, sekarang mereka-mereka yan kononnya alim dan sudah taubat itu menjilat air ludah sendiri. Betapa hinanya mereka.

Jijik. Betapa tidak bertamadunnya mereka.

……………………………………………………………………………………………….

 Salam,

Beremosi sambil menulis entri.

Meluat sebenarnya.

Ok, malam semua.

(Boleh jadi pengkritik kah ni?)..hihi…