Salam,

Pernahkah kamu terima mesej yang akan membuatkan kamu ingin menangis dan terharu. Sudahlah mesej itu diterima pada pukul 2.30 am, di saat hati kita di bawah sedar dan paranormal.

Selepas membaca mesej tu, aku buang telefon di tepi, tapi hati still memikir dan terharu. Oleh kerana rasa ngantuk itu lebih nikmat daripada rasa terharu-dan-rasa-ingin-menangis-meraung, aku abaikan, sehinggalah selepas mandi dan bersiap nak pergi kerja.

Terasa macam mimpi pula, aku fikir, betulkah mesej yang aku baca semalam?terus buka inbox, dan for sure, there it is.

Mesej itu berbunyi…

Akum, terima kasih belanja aku dan tidak berkira dengan aku selama ini…aku terharu, family aku pun tidak begitu, Aku sayang kau, kalau boleh aku mahu jadi sebahagian dari family kau nih, Mak aku pun tidak macam Mak kau. Sentiasa ingat aku. Thanks. 

(mesej ini aku alih bahasa, dari bahasa SMS ke bahasa baku..)

Mesej itu dari seorang kawan. Cerita itu begini, oleh kerana sudah gaji, jadi aku ajak dia makan di luar dan belikan dia sehelai baju. Kebetulan balik dari kampung kelmarin, aku bawakan (emm..merangkap mak aku lah) dia ikan bilis dan udang kering (patutkah dibagitahu?hehe..). Lepas itu, kami outing sehingga nak patah kaki weh..

Nasib kawan aku itu tidak sebaik nasib kita atau aku sendiri. Dia anak yatim-piatu, dia tidak kenal siapa pun mak dan ayah kandung dia sendiri. Dia dibesarkan oleh mak dan ayah angkat nun jauh di Selatan Semenanjung tanah air tetapi sekarang merantau mengikut suami pergi Sabah. Labih malang lagi, dia berkahwin dengan suami orang. Menjadi isteri nombor dua bukan semudah yang kita tengok di tv. Sekian, terima kasih.

Cukuplah.

Sedihkan. Kita doakan dia terima kebahagiaan dalam hidupnya ya. Terharu. Nanti tak berhenti kau nangis kalau aku sambung lagi cerita sedih dia. Biar aku dan dia sahaja berkongsi semua cerita. Cuma, doakan dia ya. Terima kasih.