Salam,

Kadang-kadang rasa macam nak sepak orang kan? Pernah juga terfikir nak maki hamun orang sesuka hati, sampai terbalas sakit hati, dan fikir jahat sangat nak hantar santau, pergi kenakan orang itu.

Tapi, itu kalau nafsu yang beraja di hati, bukan akal.

Subhanallah. Sampai ke situ pula pemikiran awak ye.

Sebenarnya, 2 3 hari ini rasa sensitif sangat. Selalu sangat menahan perasaan ‘kecil hati’ tu. Oh..tidak. Aku bukan sesensitif itu dulu. Paling-paling sensitif pun aku suka menangis, sehingga tengok cerita kartun atau cerita hantu seram pun aku boleh menangis. Bukan. Bukan sensitif sebegitu.

Sensitif dikala umur diambang semakin senja ini lain benar. Macam nak monopus pula dah…hahaha..kuang asam!

Apa perlu dibuat untuk buang perasaan rawan itu beraja di hati ya?

Buat-buat bodoh, nanti dikatakan memang bodoh.

Buat-buat cool nanti bernanah hati, siapa tanggung?

Buat-buat tak kisah, nanti kita betul-betul tidak kena kisahkan orang.

Buat-buat tak tahu, nanti jadi bebal pula.

Jadi?

Berserah, tawaduk terima semuanya dengan fikiran yang positif dan rendah diri?

Redha seolah-olahnya awaklah orang paling baik di jagatraya?

Oh..man, shittttt!!!!WTH!!!Suck!!!

(ehem..tidak boleh memaki dalam bahasa ibunda, buruk!, jadi guna bahasa di atas)

Kalau sekali dua kali tu boleh lagilah berpura-pura. TETAPI, kalau berkali-kali, berhari-hari, sanggupkah kau?

Menangis tidak boleh selesaikan apa-apa. Jangan jadi budak-budak lagilah awak. Orang tengok pun menyampah. Buat drama air mata pulak. Mengarut.

Selagi boleh bertahan, bertahanlah. Selagi boleh berpura-pura, lakukanlah. Sampai kau gila!heh?

Ya, sampai masuk Tanjung Rambutan, Hospital bahagia. Huh!sensitip okeh.