Salam,

Terkejut badak bila lihat status pendatang di blog buruk hamba ni naik mencanak, apa yang korang cari dalam ni ye?ingat tak adalah pelawat. Mungkin korang tersesatkan?kan?kan?

Walau apa pun sebabnya hamba ucapkan terima kasih ya. (^_^)…silalah datang lagi..(uweeekkkkk!perasaan ada peminat)

Ok. Kembali kepada topik asal kenapa hamba tulis blog pada malam-malam buta ni. Selalunya sudah hamba tidur. Lappy pun tak buka. Orang cakap kalau cukup tidur boleh buat muka ceria, bersemangat, cantik, gebu..yewww..tipu! semakin malas bangun pagi adalah. Over slept!

Baru balik bagi home tuition dengan budak tadi. Tu yang lambat tidur.

Masalah. Yelah, aku ajar tuisyen matematik. Yang sibudak ni memang lemah sangat dengan subjek nan 1 ni. satu hari dia menangis tak nak tuisyen. Boring dia cakap. What?! aku dah nak naik angin masa tu. Aku penat-penat datang rumah kau semata-mata nak ajar kau, boleh kau cakap macam tu. Huhu…malu ya Rabbi aku cakap. Dahlah dia komplen depan bapa dia. Apa lagi bapa dia cuci dia habis-habisan. hehe..padan muka (senyum dalam hati..jahat kau!). Kesudahannya, belajar sambil tarik hingus. Yay!

Lepas tu aku tanya, “awak nak cikgu ajar macam mana, supaya tak boring?” (dengan penuh perasaan keibuan)

Dia hanya geleng. Waduh..waduh…gawat kalau gini.

Dan tadi, dia komplen lagi, bosan!

Hey!!!!!! tergugat keimanan haku.

Kemudian aku cakap, jadi awak nak cikgu bawa arnab dan kucing, tunjuk dengan awak supaya awak boleh faham formula bahagi, tambah dan tolak?.

Dia terkebil-kebil. Aku pun terjegil-jegil.

Arnab?! kucing?! Arnab?! kucing?!

Mungkin itu yang dipersoalkan dalam otak.

Hah?betul juga kenapa aku nak bawa arnab dan kucing pergi tuisyen. Ah! lantaklah. Aku pun dah bosan. Sampai aku cakap dengan parent dia, susah kalau dia tak minat, tak ada pekdah juga, rugi duit diorang, masa aku, masa budak tu.

Dalam dunia ni mana ada belajar matematik itu seronok. Fun learning yang diura-urakan di sekolah pun tak diguna pakai. Kalau diguna pakai kenapa budak darjah 3 tu operasi tambah tolak pun masih terkial-kial?padahal mak bapa dia bagi masuk sekolah top 10 di KK tu hah. Subjek lain kenapa dia boleh score A, subjek ni pulak gagal teruk.

Siapalah aku ni. Diri sendiri pun dapat result math tak cantik, ada hati nak ajar orang. Aku rasa macam nak cancel je kelas tu. Tak payahlah buat tuisyen kalau pelajar sendiri bosan. Aku pun bosan juga.

Macam mana nak ajar matematik supaya menjadi seronok????

Teringat masa aku darjah 3. Subjek math, adalah subjek kegemaran di samping cikgu yang mengajar yang baik. Cikgu tu selalu peluk bahu aku dalam kelas dan tanya “ni mandi pagi tak?”…huhu..mestilah mandi..apalah cikgu ni…

Kemudian, kalau sesiapa yang tak siap homework atau tak dapat jawab dengan betul, cikgu suruh cium bontot kerusi, cium tiang bendera, atau berdiri atas meja sambil menjunjung kerusi. Seronok tak kalau aku buat pendekatan macam tu?

Dan, aku tak pernah sekali pun buat benda-benda terkutuk tu, sebab aku pandai masa tu…hihi..(riak sekejap..), dan..dan…tau tak, akhirnya kerja takda pekdah cikgu tu dapat dihidu oleh seorang nenek kawan aku. Ya, kawan-aku-hitam-legam-pendek-dan-comot tu selalu tak siap kerja rumah, dah tu melawan, degil dan macam-macam lagi perangai hina dia bawa pergi sekolah…(psssstttt..aku pernah bertumbuk dengan dia tau, aku belasah dia ngan sekaki payung, aku baling dia ngan batu jalan).

Paling sedih, cikgu tu dipindahkan dari sekolah kami. Sedih. Sedih. Sedih sangat. Cikgu kesayangan hamba. Mulai dari hari itu math aku jatuh, aku malas nak belajar, sebab cikgu yang ajar kami sungguh garang. Kemudian naik tingkatan lagi parah. Belajar math macam belajar KOMSAS. Semua baca buku teks. Tak kau…?. Setiap kali kelas math mesti aku tidur..hihi…

Jadi patutkah aku suruh budak tu cium bontot kerusi?supaya lebih seronok belajar math?patutkah?patutkah?patutkah?

Kemudian aku bet dengan budak tu, kalau dia dapat markah math 80% dalam ujian aku belikan pencil case yang cantik..hehe..pandai tak aku gula-gulakn budak hingusan tu?

Dan, tadi berjaya juga dia siapkan latihan yang aku bagi. Bagus ada peningkatan.

Nasib baik kau boleh buat, kalau tak cium toilet bowl lah gamaknya.