Salam,

Taylor Swift, Kelly Clarkson, Miley Cyrus dan Colbie Caillat adalah bintang remaja yang paling aku minat. Suara diorang fuhhh..bukan setakat air mata meleleh, air liur pun boleh meleleh..tangkap syahdu.

Selain suka suara merdu diorang, aku juga suka rambut si Taylor, si Miley, mimik muka yang kiut, si Colbie, mata dia cantik, Kelly Clarkson..emmm..apa ya?gigi..gigi?!..hehe..

4 orang talented ni memang aku salute. Cuba perati lirik-lirik lagu diorang (emmm…Miley out…dia tak cipta lagu sendiri..sorry), terutama Taylor, semua bermakna, superb, macam baca story tale pulak. Siuk.

Colbie pulak suka jenis muzik yang dia create, fun, easy listening, catchy..begitu juga dengan Kelly, ekspresi muka masa menyanyi buat jantung berdengup kencang..heh, jiwanglah pula..hihi..

Lagu Taylor yang berulang-ulang kali aku pusing di playlist, You Belong With Me, Love Story, Story Of Us, Mean, Fifteen, Teardrops on my Guitar,

Lagu si Colbie, Realize, Bubbly, Falling For You, Feeling Show, dan terbaru I Do..I do..

Lagu si Kelly, Already Gone, dan mestilah Because of You..2 ni jelah carta teratas, yang lain kureng sikit..

Si Miley, The Climb, lagu tema dikala down, begitu juga Butterfly Fly Away, Party in USA, lagu fav menari dengan anak-anak buah…hehe..

Serius, pergi google cari lirik lagu si Colbie, Falling For You, Realize, lagu Taylor Fifteen dan Story of Us, Story Of Us dengan Teardrops on My Guitar, lagu Miley, The Climb dengan Butterfly Fly Away, Kelly, mestilah Because Of You..semua meaningful, ada jalan cerita bagi setiap lagu.

Ok, cukup setakat ini. Jadi pengkritik artis bukan calang-calang lagi, artis antarabangsa.

Kadang, bila dengar muzik, lebih bermakan dan educated sikit bila mendengar sekali dengan liriknya. Begitu juga Al-Quran, sambil mengaji kena tahu ertinya, supaya kita lebih insaf. (Emmm..terselit juga dakwah di situ….(^_^)