Salam,

Bila hati sedang rawan, sawan, demam dan tak tentu hala baru cari sang blog. Aduhai, kasihan kamu kan?

Saat ini, walau hati sedang walang, perut tetap lapar. Di hadapan lappy, sambil menyuap mee segera cup diselang seli dengan menaip dan meminum secawan susu segar (bukankah saya multitasking sekarang?) tetap meluah perasaan di blog. Emm..cuba bayangkan cerita filem atau drama kalau perempuan sedang frust scene nya mesti dia makan banyak-banyak tak kiralah makan apa, sambil menangis dan tgk tv?betulkan?kan?jadi sekarang bayangkan saya serupa itu.huhu..

Sebenarnya hati aku (?) sedang gundah gulana, macam ada something yang melekat di hati tapi tak nampak dan tak tahu. Rasa yang kau rasa..emmm..macam rasa apa ya?macam rasa nak sepak dan jerit kat someone tapi kau tak boleh nak buat.Ya, betul, kau marah seseorang tapi tak terluah. Kau rasa macam nak cakar-cakar muka orang tapi durjanalah kalau kau buat..erk?dan…dan..kau mahu nangis tapi tak ada alasan kenapa kau mesti menangis. Pelik. Ghost!

Yup! dulu, kalau marah aku akan luah samada bagitahu orang itu aku sedang marah dia, buat muka tegang dan masam mencuka, buat endah-tak-endah akan kewujudan orang yang aku terasa hati, atau aku menangis sorang-sorang tekup mulut dengan bantal busuk di tengah malam, itu sahaja penyelesaiannya..dan effective, besok atau lusa kemarahan akan ter’heal’ sendirinya. Tidak perlu terapi. Tapi, kenapa di kala umur semakin senja ni terlalu manja betul perasaan sensitif ini. Mahu dipujuk-pujuk, dibelai-belai dan dimanja-manja. Hampeh. Still tak mahu hilang.

*iklan*Ok, sekarang mee cup aku sudah habis. Lepas ni mahu melantak apa pula?

Tadi jadi sentimental kejap, cari alasan mahu menangis, pasang lagu versi Westlife, Fragile Heart (what the hell???), tapi tak juga ternangis, aku mahu menangis!!(histeria), kemudian gatal-gatal tangan buka playlist handpone dan cari lagu sedih, dan guess what?kali ini lagu MIley Cyrus, The Climb…wah…bukan menangis, semakin tabah pulak..uikk..peliknya sang hati aku ini.

Kemudian, tahu tak bila saya (?) menangis? betullah, bila berhadapan dengan Maha Pencipta di situ hati kita menjadi serendah dan sehina makhluk. Betul. Admit it. Dan saya pernah terbaca bila hati kita tidak lapang maka mintalah pada Allah…kepada Allah, bukan menangis membabi buta (gila!), bukan mencari lagu-lagu sedih…(hehehe…)..bukan makan banyak-banyak (buduh!) bukan mengadu di blog (akukah tu?)…mengadu pada Yang ESA. Faham?faham tak?…——-faham——–(-_-).

Okey..sekarang hati aku sangatlah lapang. Sangat. Sangat.

*iklan* jap cari benda nak dimunch-munch sekarang..1..2..3..4..5..ok, jumpa, dapatlah cocopie yang jiran bilik sebelah bagi..

Sambung balik..

Ok, ambil doa ini, doa agar mendapat ketenangan dan keberkatan sepanjang hari.

“Kami telah bangun pada Subuh dan jadilah segala kekuasaan kepunyaan Allah, demikian juga kebesaran dan keagungan, dan segala puji bagi Allah, penciptaan makhluk, segala urusan, malam dan siang dan segala yang terjadi pada keduanya semuanya kepunyaan Allah Ta’al. Ya Allah, permulaan hari ini suatu kebaikan dan pertengahannya suatu kejayaan, wahai Tuhan Yang Paling Penyayang dari segal penyayang,”amin.

Ok, sekalian semua…selamat bermuhasabah diri.

*ermm..seperti biasa ganti nama diri selalu bertukar-tukar, saya-aku-saya-aku…*