Salam,

Baiklah. Hari ini sehari-hari bergosip dengan internet. Semua buat dalam bilik dan atas katil. Sarapan pagi, lunch, minum, minum petang, lipat kain, baca doa pagi dan petang serta menyanyi (erk?). Dasar pemalas, pengotor dan..dan..dan..emmm…tiada masa depan yang cemerlang. Satu saja yang aku tak buat atas katil iaitu basuh kain..haha..

Sekarang dah tak best main facebook. Bosan. Macam tak ada hala tuju masa talakan mukaku di papan skrin lappy. Itu-itu sahaja. Itu-itu juga. Tiada apa-apa yang menarik. Betul tak?

Kawan-kawan pun ramai dah tak aktif berFB. Sama macam aku. Apatah lagi sang boipren. No. Itulah aktiviti orang yang tak ada pasangankan. Alhamdulillah. Kalau ditanya dan diberi pilihan aku lebih rela tak ada boipren daripada kehilangan kawan. Dan kalau disuruh pilih lagi aku rela hilang kawan daripada keluarga. Semua pun begitu. Hari itu, ofis mate tanya. “Ada boipren tak?”…aku jawab tak ada, dan dengan muka simpati dia tanya balik “Tak rasa sunyi?”…aku dengan muka terkejut pun jawab..”Hah?!..emm..t…ta…taklah, sebab keluarga saya besar, full of love”..kasihankan? Eh, tak adalah, lagi kasihan orang yang ada kekasih, bermakna diorang tak cukup kasih sayang di antara ahli keluarga, tu yang pergi cari kasih sayang di luar dengan orang yang bukan muhrim…hehe..ampun..tak bermaksud nak meng’harming’kan korang ya. Tapi tak ada hal lah semua itu.

Apakah akan aku lakukan kalau tak ada keluarga?(keluarga di sini mama, bapa, abang, kakak, adik)

1. Tiada tempat tuju kalau balik kampung. Where is my home?my mom and dad, my sister, my brother, my chicken (is it include?)

2. Tiada bahan kalau nak ngumpat dengan kawan-kawan.

3. Tiada tempat ceti haram atau ah long…(selalunya kakak aku no. 2 jadi mangsa aku pinjam duit..hihi..)

4. Tiada tempat nak marah-marah..(adik no. 10 selalu jadi punching bag…)

5. Tiada tempat nak berlagak menjadi akulah kakak paling garang, paling baik, paling manis, paling ayu dan cantik serta kakak paling pandai..kan?kan?..mesti adik-adik jadi mangsa.

6. Nak tunjuk gambar apa dengan kawan-kawan selepas raya?tak ada gamabr family pun..huhu..sadis

7. Tak ada orang nak marah kita macam mana mak, bapa, abang atau akak marah kita..pure..bukan kepuraan dan tiada terselit pun perasaan benci..sebab sayang.

8. Tak merasalah air tangan mak..hmm..delecious bah..sangat.

9. Taklah gaduh dengan bapa bab nak tengok channel apa..hehe..bapa suka sangat tengok sukan dan wayang yang fighting serta WWF..huh!

10. Hmm..tak ada anak-anak sedara yang cute-cute-bikin-geram-rasa-nak-gomol-gigit-gigit-pipi diorang.

11. Taklah merasa berebut-rebut makan mangga muda cecah belacan..huargh..ni part yang paling kami suka buat time gathering adik beradik, kena cari buah masam-masam cam mangga muda, nenas, jambu batu or apa-apalah yang boleh buat rojak.

12. Tak adalah orang nak kutuk kalau kau masak tak sedap. Teringat time masak spageti masa raya hari tu..semua cakap macam muntah kucing, siap geleng-geleng dengan muka kegelian..hish…melampau betul!tapi syukur jugalah adik aku sorang (je?) suka..

13. Tiadalah yang komplen kalau dahi kau berjerawat…”akak tengok dahi kau tu sudah bergiuk (berulat)..”kata kakak no.2 saya baru-baru ini.

14. Tak boleh pinjam baju-baju yang cantik dari adik kau..almaklumlah saiz kami sama rata..hihi..adik no.9.

15. Tak ada orang tolong topup atau transfer kredit phone waktu kau sesak..(tapi selalunya akulah jadi mangsa setan-setan kecil tu (adik-adik akulah!)..

16. Tiadalah orang yang kau ‘patut’ diarah dan disuruh masa kemalasan kau ditahap gaban..:)..adik no.8.

17. Tiadalah kakak yang kau harapkan beli baju secara online..dan guna kad kredit mereka..akak no.2..

18. Tiadalah orang yang akan telefon kau pada setiap hari Jumaat bertanya “Kau balik kampungkah minggu ni?”..ni habit bapa dan akak no. 6 aku ni.

19. Tiadalah orang yang akan sms dan telefon kalau kau sunyi tak ada khabar berita, FB tak online, blog tak aktif, apatah lagi muncul di depan dia..haha..ni adik aku yang no 8 selalu buat. Concern banget. Kadang aku rasa macam dia yang kakak, bukan aku. Bagus-bagus.

20. Tak adalah orang yang bank in duit kalau kau perlu sangat masa study dulu…akak no.2, akak no.4, abang no.5..

21. Tak adalah orang amik kau di asrama Nilai atau komuter Kajang masa study dulu….abang no.1

22. Tak adalah orang yang ikut susah-susah hati waktu kau belum dapat kerja, dan mendoakan kau waktu interview dan menangis bila kau berjaya dapat kerja..wah..terharu…

See, betapa bermaknanya ahli keluarga saya kepada saya. Banyak lagi. Tapi dah tak mampu nak senaraikan. Saya ada 11 adik beradik. Saya ada 3 abang, 3 akak dan 4 adik (2 lelaki dan 2 perempuan). Bertuah tak saya?Jadi adakah saya kisah (ehem..sebenarnya kisah tuuuu…) kalau saya tiada boipren?

Saya adalah family based. Apa-apa hal rujuk dengan famili. Jadi, kalau nak kahwin dengan saya kena ‘kahwin’ dengan famili juga ya..(n_n)..hehe..

Ok….adiosss..Saya Sayang Kelurga Saya!