Salam,

Di kelas, aku selalu menggelar pelajar-pelajar yang jajal-jajal (nakal) sebagai anak munyit  (haha..monyet), anak beruk, dan syaitan-syaitan kecil dan menggunakan ganti nama diri KETUL dan EKOR. Sebab diorang ni bukan mahu jadi manusia pun.

Dialog yang selalu aku guna:

“Yang duk belakang jangan macam anak-anak munyit sanaaaa!!!”

atau

“Mana budak tiga ketul ni, hari-hari nda masuk kelas!!!”

atau

“Ya Rabbi!!! syaitan-syaitan kecil jangan buat saya marah!”

atau

“Mana lagi dua ekor ni, tumbuh ekor mungkin kan tu yang tak masuk kelas!!!”

atau

“Kuang asam, betul la kamu ni mau jadi beruk, kan!!!”

Boleh?

Sungguh tidak profesional.

Profesional-lah sangat.

Dah tak ada dah pendidik yang boleh sabar kalau pelajarnya perangai mengalahkan monyet, beruk, syaitan? mungkin…

Okey, tadi buka FB dan dapat ni dari Ustaz Muka Buku, mengenai jenis-jenis syaitan kecil…ting..automatik terbayang satu persatu muka pelajar sendiri……ngehngehngeh..nauzubillah…

Ok, kata kunci SYAITAN YANG DIREJAM.

Ada 9 Jenis Anak Syaitan

 1. Zalituun

Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

Aku:Yup..betul-betul walaupun sudah bawa list barang-barang yang hendak dibeli, maksudnya minatang nilah yang selalu whisper di telinga ai “hah..beli..hah..itulah..di rumah ko tak ada..beli..beli..”..ooo..shit you minatang!!

 2. Wathiin

Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

Aku: Selalau sangat. Selalau salahkan Pencipta..Astagfirullah al-azim..

3. A’awan

Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Aku:Hmmm..takda kena mengena dengan aku pun.

4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).

Aku:emm…bukan aku juga kut..

 5. Murrah

Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.

Aku:Astagfirullah…ini aku, pernah 1 hari aku tertinggal Zohor sebab terlalu asyik mendownload lagu…kau si murrah..memang laknat kan?

 6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

Aku:Simpang malaikat..kadang-kadang…

 7. Daasim

Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumah tangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

Aku:Salam adalah habit aku..hatta masuk bilik aku sendiri selalu bagi salam. Ada kau rasa orang dalam bilik aku???

 8. Walahaan

Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

Aku:Ini selalu juga. Dulu selagi aku tak puas hati aku akan amik wudhu sampai basah lencun, tetapi sekarang boleh control. Yayy! aku berjaya menghalau minatang ni…alhamdulillah. 

9. Lakhuus

Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Aku:Nauzubillah hi minas syaitan ni rajim….

Anak syaitan mana yang selalu mendampingi anda…hihi..

Arghhhh..

Tengok sebelah kamu!

Sekarang.