Salam,

Sedih. Tiada teman mahu pergi lunch.

Selalunya bawa bekal, tapi hari ini tak ada orang rajin bangun nak masak bekal. Sedih.

Lepastu tak ada kawan yang boleh teman pergi lunch. Sedih.

Lepastu tiada sorang pun yang sudi ajak makan. Sedih.

Lepastu tiada orang pun yang menawarkan saya kata-kata aluan seperti ‘jom makan!’. Sedih.

Lepastu tiada seorang pun ajak diorang naik kereta pergi keluar makan selain makan makanan kafe yang tak sedap lagi mahal itu. Sedih.

Lepastu tak ada orang pun tanya ‘Kau tidak lunch?’. Sedih.

Lepastu tiada seorang pun perasan aku tersangat lapar. Sedih.

Lepastu..lepastu… baru rasa menyesal sebab tak bangun pagi tadi masak bekal. Masak untuk sendiri. Sensorang. Tak perlu fikir orang lain.

Lepastu..lepastu…baru terfikir kena pentingkan diri sendiri lepas ni, tak perlu fikirkan orang lain.

Lepastu..lepastu baru teringat yang aku sangat berbudi orang merasa, sekarang aku sangat rugi orang tak peduli.

Lepasni..aku akan jadi jahat.

Tak pedulilah, kau sudah makan atau belum, kau lapar atau tidak, kau ada kawan atau tidak, aku masak bekal sendiri dan bawa pergi ofis sendiri.  Baru kau tahu.

Yelah…ada orang lain peduli kau?

Tiada.

Tiada.

Haram. Tiada.

*Kuiz:

Cuba kira berapa kalikah perkataan sedih diulang-ulang dalam petikan di atas?.

Peringatan: Jangan kawan dengan saya lagi! (Macam mesej untuk budak-budak sekolah rendah..hahaha…)

Ya, selepas ini.