Salam,

‎”Ya Allah, pada pagi ini kami nikmati afiat pemberian-Mu (keselamatan dari mara bencana) dan terjaganya rahsia-rahsia (dosa-dosa)ku, maka sempurnakan nikmat-Mu dan penjagaan-Mu itu atasku, di dunia dan akhirat.”

Baca doa pagi di atas dulu.

Dah baca?

Amin.

Boleh teruskan baca entri di bawah.

Ok, mahu cerita mengenai perangai orang talam dua muka.

Pernahkah kamu mempunyai kawan, saudara, siapa-siapalah yang berada di sekeliling kamu yang berperangai talam dua muka?

Tak pun muka diaorg seperti talam. Leper.

Mesti semua tahu erti perumpamaan seperti talam dua muka itu kan?kan?

Ertinya

” Seseorang yang mengambil kesempatan daripada pertelingkahan dua pihak”

atau

ini

” Bermuka dua; mendua hati; munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Seperti sekelat muka dua, b. Seperti yu kia-kia: kepala yu ekor pari).

atau

ini

 “Seseorang yang berpura-pura baik dengan kedua-dua belah pihak yang bermusuhan tetapi sebenarnya melagakan mereka.”

Sudah tahu?

*Iklan*

Teringat semasa menjadi guru sandaran sewaktu masa dahulu. Arakianlah ceritanya begini, hamba mengajar Bahasa Melayu tingkatan 4. Pada suatu hari saya  menugaskan pelajar menyenaraikan seberapa banyak perumpamaan yang mereka ketahui. Adalah seorang pelajar namanaya Jonathan (my fev student ni..), senaraikan lebih sepuluh perumpamaan termasuklah ini;

“bagaikan kancil kereta kancil”

Kau bangang bengang tak masa itu.

Habis.

Sambung balik isu utama, talam dua muka.

Aku tak pernah lah dilakukan sedemikian rupa oleh orang-orang yang tiada maruah sebegitu. Belum.

Perkataan belum di atas akan membawa maksud ‘akan berlaku, kemungkinan akan terjadi’.

Tetapi aku dikelilingi orang yang ada potensi mahu jadi seperti muka talam. Main cucuk-cucuk belakang. Kalau belakang kerusi tu boleh terima lagi. Hah!

Sekeliling saya dipenuhi virus-virus itu. Nauzubillah, janganlah saya terikut-ikut mereka.

Paling penting janganlah saya dibuat seperti talam-talam sekalian (ada faham kah itu?)

Persekitaran yang tidak sihat akan menghasilkan kebarangkalian besar orang-orang yang tidak sihat juga. Sila terima.

Aku harap setiap-setiap hari diriku dilindungi dan disayangi oelh Maha Pencipta. Jadi bacalah doa di atas. Hari-hari.

Masuk sahaja ofis atau ruang kerja atau persekitaran kerja anda. InsyaAllah, Yang Esa akan melindungi kamu. Amin.

Lepastu aku carilah muka talam dua muka. See apa aku dapat.

hmm..ini bolehlah terima..tersirat..muka wayang

 Pastu dapat ini:

Bolehlah..ni up sikit muka omputih..hehe..

Kemudian ini:

Adalah muka talam di situ..

Dan ini paling lawak..

Kalau kuih ni lapisan bawahnya pulut putih baru aku suka..hihi..

 

Ok, kesimpulannya, biar siapa pun kamu, jangan jadi muka talam..:)