Salam,

Perut rasa tidak selesa. Memang kena sumpah makanan ni. Pelik aku tak makan makanan luar pun. Kelamarin tak lunch, hanya mengalas perut dengan waffle jak. Konfius!

Ok, lupakan pasal perut yang tak sihat tu.

Tadi pagi dengan topik pagi di HOT F.M. Pasal perilaku yang anda tidak sedari tetapi orang lain sedari yang anda lakukan without intention anda sendiri.

Korang ada?aku ada.

Macam satu habit akulah suka hindu benda yang aku mahu guna.

Contoh basuh baju:  cucian pertama lepas sabun, aku hidu bau tak sabun tu, kemudian letak pelembut aku hidu, lepas dry baju, aku hidu bau tak pelembut tu, angkat dan lipat pun aku still terhidu-hidu. Pelikkan?

Mahu makan:aku hidu pinggan, sudu dan paling penting cawan atau gelas.Gilakan?

Mahu tidur:aku mesti hidu bau sarung bantal dan selimut. Ermmm..tilam tak kut. Ngeh2…

Mula-mula aku tak sedar.

Kalau pergi rumah orang mak mesti marah, takut orang rumah kecil hati.huhu..dah habit macam mana?

Mak cakap, macam monyet. Cuba perati monyet, lepas garu kepala hidu tangan, lepas garu bontot pun hidu tangan tu. Yay!

Tapi, habit tu bukan aku saja tau. Kakak di atas aku pun macam tu. Hihihi..

Ermm..patutlah lubang hidung aku extra besar skit..hahaha..

Paling lucu habit adik lelaki aku.

Kalau dia kena soal, automatik tangannya akan garu kepala dan tarik-tarik baju belakangya berulang-ulang. Sampai kita yang rimas.

Kamu ada?

Haha..